Tuesday, 21 January 2014

Jika Diberi Pilihan..



Jika diberi pilihan,
Sesebuah universiti  itu hanya menerima pelajar perempuan,
Ingin sahaja diri ini mendaftarkan diri ke sana.

Jika diberi pilihan,
Sesebuah kelas itu diasingkan lelaki dan perempuan,
Pasti diri ini tersenyum tenang.

Jika diberi pilihan,
Dalam sesebuah organisasi itu hanya terdiri daripada wanita,
Ingin sahaja diri ini menyokong 100%.

Kerana,
Menjaga ‘ikhtilat’ itu amat menyukarkan,
Menjaga diri itu amat menyesakkan,
Kerana muslimat itu fitnah belaka bagi setiap apa yang ada padanya.

Namun,
DIA Maha Tahu,
Setiap apa yang berlaku,
Ia berada dalam pengetahuanNYA,
Dia Maha Tahu baik buruknya,

Moga Allah sentiasa pimpin kita.

"Inginkn husnul khatimah di penghujung akhirmu, hendaklah berbaik sangka sesamamu...kenikmtan syurga yang pasti akan dirasai wanita solehah mestilah mengenal kepahitan hidup dan mngharungi tipu daya musuh terlebih dahulu.."

Nota kaki: Jagalah, peliharalah dan mohonlah keampunan padaNya seandainya ada khilaf yang pernah dirimu lakukan tatkala memegang amanah sebagai contoh "wanita Muslim" untuk insan-insan diluar sana. Redhakanlah perjalanan hidup kami ini ya Allah, semakin ingin mendekatiMu makin besar ujian mendatang..kami masih punya amanah utk agama ini. Allahurabbuna..:-(

Jangan pernah hilang harapan selagi kita ada DIA dalam hati.. TAKBIR!!

Thursday, 5 December 2013

Bahasa Komputer: Sumbanganku buatmu Islam


Bismillahirrahmanirrahim,

Salam sayang ditujukan khas buat insan-insan yang dimuliakan dalam dirinya dengan nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah selaut kesyukuran buatNya memberi kekuatan buat jari jemari ini menggerak-gerak melakar kata buat perkongsian bersama.

“Kuasai bahasa dan budaya demi menyebarkan dakwah Islam..”

Begitulah yang selalui kita diingatkan tatkala bertemu dengan insan-insan yang jiwanya hidup dengan semangat untuk Islam, pasti sahaja bait-bait kata yang lahir dari bicaranya berbaur dakwah dan tarbiah demi kelangsungan tarbiah buat Islam. Berbalik kepada bahasa, Alhamdulillah syukur dihati ini kerana dipilih olehNya untuk mempelajari satu bahasa asing yang asing seasingnya buat kita yakni BAHASA KOMPUTER. Komputer juga punya bahasanya yg tersendiri bukan?? ^_^


Tempoh pengajian penulis kira-kira 3 tahun dalam jurusan ini, mengajar penulis untuk mempelajari satu persatu akan keindahan yang ada dalam bahasa ini; kesabaran menulis coding, ketelitian membuat lakaran DFD, EERD dan ERD, kegembiraan menghasilkan web dan segala rasa terkumpul menjadi satu rasa. Rasa ini mengajar penulis sesuatu. Siapa kira bahasa yang penulis pelajari ini tidak mampu untuk sumbangkan sesuatu buat agama?? Mana mungkin melainkan setiap sesuatu yang telah DIA catatkan buat kita, itulah yang terbaik dan carilah hikmah di sebaliknya.

Alhamdulillah bagi projek akhir ini, diberi kekuatan dariNya buat penulis dan shbt2 segroup untuk merancang menghasilkan suatu sistem yang kiranya agak ‘pelik’ pada mereka yang pertama kali mendengarnya yakni “ Menstruation & Istidhadah System Software” (sistem period dan istidhadah). Sistem ini memberi fokus kepada pengiraan haid dan istidhadah mengikut kiraan Mazhab Shafie.






“Tidak namanya sebuah pembelajaran andai tidak adanya kesusahan yang kesulitan yang perlu kita hadapinya..” 

Teriyang-iyang pesanan Ustaz Tirmizi Taha tatkala kami bertemu dengannya untuk berdiskusi mengenai kajian ini. Berat di hati bila mengenangkan banyak cabarannya untuk menghasilkan sistem ini tapi bila mengenangkan ramai lagi insan-insan di luar sana yangmasih kurangnya kefahaman mengenai ilmu fardhu ain ini, hati ini kembali kuat…

Buat insan-insan yang membaca entri ini, doakan penulis dan shbt2 sekumpulan ya agar sistem yang kami hasilkan ini kelak dapat membantu insan-insan diluar sana terutama buatmu yang bergelar muslimah. Betapa diri kita amat dimuliakan dalam Islam, maka peliharalah kemuliaan tersebut. Jagalah, kerana melalui kita akan lahirnya pemimpin dunia yang menegakkan agama Allah atau pengkhianat yang akan menghancurkan agama Allah. Allahurabbi, besar tanggungjawab kita…


Buat sahabat2, dimana sekalipun bidang lapangan ilmu kita berada, peganglah bahawa memang ia terbaik buat kita dan belajarlah bersungguh-sungguh, sumbanglah ia utk bantu agama DIA.. kita bukan sesiapa namun kita dimuliakan dengan Islam.  Selamat berjaya dalam lapangan masing-masing. Hadiah sebuah perkongsian yang penulis ambilnya daripada laman muka buku.

✿.¸.•✿◕ SATU CITA2 DEMI CINTA ◕✿•.¸.✿

BUKAN SAJA2 ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu.. BUKAN SAJA2 ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu.. BUKAN SAJA2 ALLAH memberikan UJIAN sebegitu.. BUKAN SAJA2 ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu.. MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu.. MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu.. MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu.. MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

Renungan buat PARA PENUNTUT ILMU BERHENTI MERUNGUT & MENGELUH, MELAINKAN BERUSAHA TERBAIK & BERSUNGGUH!

Jk kmu bkal mnjd seorg DOKTOR kelak ,mka rawatla hati insan yg kian trpesong jauh drpd Agama tercinta.

Jk kmu bakal mnjd seorg ARKITEK kelak, mka lakarla sinar Islam yg mampu mnyinari kehidupan stiap Muslim.

Jk kmu bakal mnjd seorg JURUTERA kelak, mka binala satu ukhuwah yg kukuh antara umat Islam itu.

Jk kmu bakal mnjd seorg PEGUAM kelak, mka pertahankanla Islam dimata dunia

Jk kmu bakal mnjd seorg JURUTERBANG kelak, mka pandula manusia untuk kembali ke jln yg diredhai-NYA.

Jk kmu bakal mnjd seorg POLIS kelak, mka awasila umat Islam drpd trus mmungkiri Tuhan yg Maha Pencipta.

Jk kmu bakal mnjd seorg PENSYARAH kelak, mka didikla ank bngsa untuk menjadi Muslim yg berjaya.

Jk kmu bakal mnjd seorg AKAUNTAN kelak, mka sedarkanla mnusia bhwa pahala ALLAH itu lebih mewah drpd segala-galanya

Jk kmu bakal mnjd seorg GURU kelak, mka bentukkanla acuan sempurna dlm sanubari anak didik mereka agar kelak mnjd GOLONGAN di atas….

P/s: Manusia dpt mgubah khdpnnya hnya dgn mgubah caranya brfikir. Itu sudah cukup. Trus berjuang para penuntut ilmu!! -copy&share



Daulah Islamiah matlamat kami. TAKBIR!!

Wallahua'lam:-)

Sunday, 4 August 2013

Ramadhan Terakhir Sesi Diploma..


Bismillhirrahmanirrahim,
Alhamdulillah ketika dan saat ini, DIA sudi lagi memberi kekuatan buat diri ini untuk melakar kata, menyusun bicara. Masuk hari ini, lagi 3 hari syawal bakal menjelma bermakna lagi 3 hari ramadhan bakal meninggalkan kita.. Allahurabbi, pantas masa berlalu..

Ramadhan Terakhir Sesi Diploma..
Benar, disebaliknya tercacat 1001 memori..
pahit, manis, suka dan duka..
semuanya menjadi satu sejarah..
sejarah yang akan terus terpahat jauh disudut hati ini..
sejarah yang mengajar erti ketabahan,
kesabaran,
kebergantungan kepadaNya,
kekuatan ukhwah..
dan segalanya..

Andaikata DIA tidak izinkan lagi diri ini untuk menyambung pembelajaran di bumi tarbiah ini, akan sekali ku ingati setiap detik tatkala bergelar warga kampus ini..

-sahabat2 seperjuangan Itech
-ajk2 musolla Habibah, Saodah dan Farabi
-sahabat seperjuangan dari kos lain
-murabbi di kampus

Benar, jika takut bermain ombak, jangan berumah ditepi pantai dan jika takut akan sebuah perpisahan, jangan berani mendekati sebuah perkenalan..

Bila terlalu disibukkan dengan hal keduniaan, kadangkala terdetik dalam hati ini untuk meng'off'kan segala bentuk perhubungan dengan insan sekeliling; henset, laman muka buku dan segalanya..namun, sedari diri ini tidak mampu berbuat demikian tatkala mengenangkan amanah dan tanggungjawab yang memerlukan untuk menggunakannya.. Moga bernilai ibadah dalam setiap apa yang dilakukan.. Satu persatu memori tatkala berada dirumahNya, Tanah Haram datang menyapa; terasa betapa rindunya untuk beribadah tanpa gangguan, menghabiskan masa hanya bersamaNya dan sunyi akal dari memikirkan masalah dunia.. Ya Rabbi, izinkan ku mengunjungi rumahMu lagi..Ameen.

Lakaran hati ini..

wallahua'lam..:-)

Wednesday, 31 July 2013

Pesanan Murabbi dalam kita berorganisasi dengan berlainan jantina


Bismillahirrahmanirrahim,
Salam ramadhan kareem buat semua insan-insan yang dimuliakan dalam dirinya Iman dan Islam.. Dalam kita menempuhi kehidupan seharian, kita tidak pernah terlepas dalam berurusan dengan mereka yang bernama 'manusia' sama ada ia lelaki mahupun wanita. Benarlah, ia bukti betapa kita manusia yang lumrahnya saling memerlukan. Namun, dalam kita bergerak kerja, ada hati yang perlu dijaga, ada pergaulan  yang perlu diawasi, ada tindakan yang perlu dikawal terutama bila kita bergerak kerja dengan berlainan jantina agar kelak fitnah kepada agama tidak akan berlaku. 

Setiap yang kita lakukan, biarlah kita tahu KENAPA dan MENGAPA kita mesti melakukannya. Suatu nikmat yang besar tatkala Dia sudi memberi kefahaman kepada kita dalam sesuatu urusan. Tertanya-tanya juga diri ini, penjagaan ikhtilat (perhubungan) antara lelaki dan perempuan yang bagaimana Islam inginkan, perkara apa yang boleh bawa kepada fitnah dalam gerak kerja dan sebagainya..

Alhamdulillah, baru-baru ini DIA izinkan diri ini memperolehi jawapan bagi merungkai segala pertanyaan yang bermain-main di benak hati ini daripada seorang murabbi dalam sebuah program ceramahnya di kampus penulis baru-baru ini. Masih terinyang-inyang lagi kata-kata beliau;

"Lumrah yang lazim kita dengari sang ketua akan berkahwin dengan 
sang penolongnya bukan? sang s/u dan tim. s/u nya dan sebagainya.. benarkah ia berlaku?? 
benar tapi kenapa??
kerana bentengnya tidak dijaga dengan sebaiknya..
ingatlah, lelaki dan wanita itu umpama magnet yang saling menarik, maka perlu ada penebat di tengahnya.. dan penebat itu namanya TAQWA..
jangan robohkan benteng itu..
dengan TAQWA, perasaan, hati dan segala tindak tanduk kita akan terjaga kerana kita merasakan Allah melihat kita..
rasa kehambaan dalam diri akan menjaga kita.. 
jagalah dan peliharalah ia demi memperolehi keberkatan dan keredhaan dariNya bagi amanah yang kita lakukan.."

------------------------------------------------
Jawapannya, jagalah nilai TAQWA itu. Bukanlah tujuan penulis untuk menidakkan ketentuan jodoh itu tapi apa yang ingin penulis highlightkan, pelihara kesucian hati kita agar kelak tidak timbulnya penyakit hati itu kerana hati kita ini sangat sensitif sifatnya dan ia lah raja dalam diri kita. Maka tak akan timbulnya masalah perlu jaga jarak hingga beberapa meter kalau dalaman kita terpelihara. Moga-moga Dia sentiasa mengawasi dan menunjuk jalan bagi setiap tindakan yang kita lakukan dalam menjalani kehidupan seharian. Kepada siapa lagi yang ingin kita tunjukkan kalau bukan kepada DIA.. Moga dengan amanah yang Dia beri, memberi kita peluang dan ruang untuk terus memperbaiki diri. 

Ada insan yang bertanya, bagaimana mahu menjadi 'mawar yang berduri' seperti yang di war-warkan andaikata kita setiap hari perlu berurusan dengan sang ajnabi?? siapa kata kita tidak boleh dan tidak mampu menjadinya?? tiada yang mustahil andai kata kita punya PRINSIP dalam diri.. andaikata prinsip kita nak jaga akhlak demi mak ayah kita, maka pertahankanlah ia bilamana dalam kita berurusan dengan ajnabi.. binalah PRINSIP dalam diri kita dan pertahankannya. yakinlah, setiap apa yang kita lalui dalam seharian, semuanya telah DIA rencanakan dengan sebaiknya.. maka laluilah ia dan teruslah memperbaiki diri demi menjadi individu muslim yang diredhaiNya..dengan AMANAH kepada agama akan menguatkan kita.. "Jadilah kita pemuda dan pemudi harapan Islam".

Salam Tarbiah. Wallahua'lam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^