Tuesday, 11 August 2015

Aktiviti Cuti : Jualan Tudung

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah tiba masa untuk mengupdate blog memandangkan masa2 yang ada sedikit terhad. Alhamdulillah terima kasih ya Allah atas ruang dan peluang ini.. Alhamdulillah sedikit masa cuti yang ada ini dapat dimanfaatkan menjual tudung hasil potongan sendiri. ^_^




Alhamdulillah tempahan melebihi seratus lebih bermula sejak awal ramadhan lagi. Tudung yang penulis jual ini bukanlah berbidang 60 sebaliknya  hanya berbidang 45-50 sahaja. Hal ini kerana yang membeli tudung ini adalah dalam kalangan pelajar2 sekolah menengah yang masih dalam proses menjadi lebih baik.. Namun jauh disudut hati penulis moga2 sesiapa yang memakainya kelak  dapat membantunya memelihara aurat lehernya dan menutupi dadanya dan dapat membuka pintu hatinya untuk memakai tudung yang jauh lebih labuh insyaallah.. sikit2 lama2 insyaallah jadi bukit bukan? ^_^.  Terima kasih wahai pemilik hati ini memberi peluang untuk terus berbakti buat ummah ini. 

Pesanan seorang sahabat katanya, "Setiap kelebihan yang kita miliki, gunakanlah ia untuk kita bantu agama kita..". Setiap kita punya kelebihan yang berbeza percayalah dan kenal pasti ia dan manfaatkanlah ia untuk kebaikan. Sebarkan Islam. Takbir!!

#Pesanan : Bagi yang berminat boleh pm ya nanti penulis bagi harga kasih sayang ^_^.. Salam sayang. Assalamualaikum.


Aktiviti Cuti : Bekas Gantung Henset :-)

Assalamualaikum wbt, salam kecintaan hati buat semua yang sedang membaca entri kali ini. Alhamdulillah musim cuti kembali lagi. Maka nya, entri2 kali ini ingin sekali penulis berkongsi mengenai istana bagi seorang anak perempuan semestinya ruang dapurnya dan mesin jahitnya, itulah salah satu istana atau tempat kebahagian bagi penulis ^_^. Jadinya hari ini sukalah penulis ingin berkongsi satu hasil tangan yang tidak seberapa kemas dan cantik ini kerana buat dalam masa yang tersangat terhad. Dengan menggunakan kain lebihan baju dan manik2 yang berbaki maka terhasillah "Bekas gantung henset masa charge" ^_^..




Ilham untuk buat beg ini datang pada suatu pagi bila penulis hadapi masalah untuk charge henset kerana suisnya terlalu tinggi. Apapun, terima kasih wahai Dia kerana mengilhamkan penulis ilmu ini. Alhamdulillah. Hasilnya sangat kurang kemas sebabnya tersilap ambil saiz lubangnya, nampak kan dekat gambar betapa besarnya lubangnya tu ^_^ (senyum sopan).. Tapinya alhamdulillah tetap dapat dimanfaatkan. Dan nasihat penulis sepatutnya perlu guna kain yang lebih keras..

#Pesanan : Entri kali ini hanya sekadar berkongsi sebagai simpanan memori. ^_^. Mana2 kebaikan yang boleh diambil dari entri ini ambillah ya.

Umi penulis sentiasa pesan, "Bersederhanalah dalam kehidupan ini..bila kita berasa cukup dengan apa yang kita ada, itulah kebahagiannya.. "

Baiklah sekian sahaja, Salam sayang. Assalamualaikum.

Terus Melangkah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Saat diri merasa lemah, merasa sukarnya perjalanan ini, pegang kata-kata ini, "Apa yang kamu lakukan saat ini adalah amanah dan kewajiban. Perihal hasil tugas adalah ketentuan dari Allah swt. Makanya, teruslah melangkah, jangan pernah berhenti.." -Buku Misteri bahtera Nabi Nuh

Kata seorang akak, "Bila jadi daie ni, bila kita terasa sedih dengan orang sekeliling kita, pujuklah sendiri sebab tiada sesiapa akan pujuk kita semula.. pujuk sendiri dan bangunlah sendiri...beginilah kehidupan.."

Kesimpulan terbaik adalah, tersenyumlah dalam menghadapi kehidupan ^_^.. salam sayang.




Wednesday, 3 June 2015

Cerpen : Kita dan SurauNya


Jam menunjukkan 7.10 malam.

Pintu surau dibuka.

Suram. Sepi. Hambar. Dingin.

“Mungkin ramai yang telah pulang agaknya sebab ramai dah habis final exam kan”, getus hati kecilnya bilamana suasana surau dilihatnya teramat sunyi seolah-olah ia bukan sebuah tempat ibadah.

“Hmm..”, keluhnya kecil.

Sambil menunggu azan, ingatannya kembali teringat akan seorang sahabat kosnya yang pernah bertanya padanya beberapa hari lepas persoalan berkaitan dengan surau.

“Kenapa perlu pergi surau yang jauh tu ya Syahadah? Bukan ke surau tu ada dekat dengan penginapan asrama perempuan ke? Masjid lagi dekat kan kalau budak-budak lelaki ni nak pegi, dan tak rase ke macam nak menunjuk kalau sengaja pergi solat dekat surau yang dekat dengan penginapan perempuan tu??”, bertubi-tubi persoalan ditanya rakan lelaki kosnya seolah-olah umpama senapang yang penuh isi pelurunya diguna untuk ditembak-tembak ke arahnya.

"……………………………………….."

Tiada jawapan. Hanya diam jawapan yang mampu diberinya saat itu.

Hatinya kecilnya terkejut, terpana, terkesima dengan persoalan dan pemikiran sebegitu. Sungguh,  tidak tersangka jauh disudut hatinya rakan lelakinya itu akan bertanya persoalan begitu.

“Mungkin engkau belum mengerti wahai sahabat... Ketahuilah hebat mereka  yang hatinya sememangnya terikat dengan rumah Allah yakni masjid namun dikorbankannya rasa mahabbah itu dengan pergi mengimarahkan rumah-rumah Allah yang dilihatnya gelap tanpa adanya azan oleh mana-mana muazzin. Mereka jauh lebih patut untuk dibanggakan bukan kerana hebatnya alunan suara mereka, atau rajinnya mereka datang ke surau tetapi kerana hebatnya pengorbanan mereka untuk membantu membolehkan insan-insan lain agar  turut dapat bersama-sama menunaikan perintah Allah ini secara berjemaah. Ya, merekalah daie ummah, yang membawa sinar biah Islam buat ummah...” Suara hatinya berkata.

“Mungkin, dia belum memahaminya…”, cuba berbaik sangka.



"Allahuakhbar Allahu Akhbar...", azan berkumandang.

"MasyaAllah, Syahadah2 lama mengelamun ya...", geleng kepalanya.

Tersenyum. 

"Mungkin bila sampai masanya engkau menemui cinta DIA pasti akan kau tarik balik semula setiap apa yang engkau ucapkan itu sahabat..".

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari penulis, hidup ini kita semestinya akan berhadapan dengan 1001 persoalan dan ragam dengan mereka-mereka yang namanya Insan. Beginilah kehidupan hakikatnya. Setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini segalanya bergantung dengan bagaimana suasana hati kita melihat sesuatu perkara itu dan in simple word bagaimana niat kita. 

Sebagai analoginya, beberapa pihak menonton satu video nasyid didalam Youtube. Satu pihak yang berjiwa seni akan melihat bagaimana indahnya setiap bait kata nasyid itu dilafazkan; manakala satu pihak yang meminati hal2 photographer pula akan melihat bagaimana gambar2 yang berada dalam youtube itu; manakala bagi mereka yang meminati bahagian editing video pula akan melihat bagaimana kreatifnya penghasilan video itu dengan menggunakan software apa dan sebagainya. Nah, benar bukan, hanya dengan satu video youtube namun pentafsiran yang berbeza diberikan oleh setiap mata-mata yang menontonya. Kerana apa ya agak2? 

Dalaman menentukan luaran. Begitu juga keadaan cerita atas ini. Andaikata yang dipilih kita datang ke surau adalah untuk mendapat pujian, maka pujianlah yang akan kita perolehi kelak sedangkan ke mana sangat pujian itu akan membawa kita? Tidak ke mana bukan melainkan ia hanya merugikan amalan kita. Begitulah, andai ketenangan dan hijrah diri kita cari disurau, maka itulah yang akan kita perolehi. Pilihan ditangan kita untuk memilih apa yang ingin kita perolehi dari rumahNya itu.

Akhir kalam, suka penulis kongsikan nasihat yang penulis perolehi 2 tahun lepas daripada seorang senior penulis katanya, "Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk pastikan bilamana masuk sahaja waktu maghrib dan isyak, pastikan tiada satupun surau di tempat pengajian kita ini gelap. Berusahalah untuk  imarahkan surau kita dengan sebaik mungkin...". Kepada para pemuda agama, imarahkanlah surau dan rumahNya kerana kalianlah bakal generasi al-Fateh hari ini yang akan meneruskan legasi perjuangan Islam. TAKBIR!

Bagaimana kita mahu memberi andai jiwa insan itu sendiri tak dipersiapkan untuk menerima. Kerana percayalah “Untuk membina jiwa pastinya ia bermula dari dalam rumahNya”. 

Nukilan hati,
Syahadah. 7.00 am.

Wallahua'lam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^