Tuesday, 11 August 2015

Aktiviti Cuti : Bekas Gantung Henset :-)

Assalamualaikum wbt, salam kecintaan hati buat semua yang sedang membaca entri kali ini. Alhamdulillah musim cuti kembali lagi. Maka nya, entri2 kali ini ingin sekali penulis berkongsi mengenai istana bagi seorang anak perempuan semestinya ruang dapurnya dan mesin jahitnya, itulah salah satu istana atau tempat kebahagian bagi penulis ^_^. Jadinya hari ini sukalah penulis ingin berkongsi satu hasil tangan yang tidak seberapa kemas dan cantik ini kerana buat dalam masa yang tersangat terhad. Dengan menggunakan kain lebihan baju dan manik2 yang berbaki maka terhasillah "Bekas gantung henset masa charge" ^_^..




Ilham untuk buat beg ini datang pada suatu pagi bila penulis hadapi masalah untuk charge henset kerana suisnya terlalu tinggi. Apapun, terima kasih wahai Dia kerana mengilhamkan penulis ilmu ini. Alhamdulillah. Hasilnya sangat kurang kemas sebabnya tersilap ambil saiz lubangnya, nampak kan dekat gambar betapa besarnya lubangnya tu ^_^ (senyum sopan).. Tapinya alhamdulillah tetap dapat dimanfaatkan. Dan nasihat penulis sepatutnya perlu guna kain yang lebih keras..

#Pesanan : Entri kali ini hanya sekadar berkongsi sebagai simpanan memori. ^_^. Mana2 kebaikan yang boleh diambil dari entri ini ambillah ya.

Umi penulis sentiasa pesan, "Bersederhanalah dalam kehidupan ini..bila kita berasa cukup dengan apa yang kita ada, itulah kebahagiannya.. "

Baiklah sekian sahaja, Salam sayang. Assalamualaikum.

Terus Melangkah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Saat diri merasa lemah, merasa sukarnya perjalanan ini, pegang kata-kata ini, "Apa yang kamu lakukan saat ini adalah amanah dan kewajiban. Perihal hasil tugas adalah ketentuan dari Allah swt. Makanya, teruslah melangkah, jangan pernah berhenti.." -Buku Misteri bahtera Nabi Nuh

Kata seorang akak, "Bila jadi daie ni, bila kita terasa sedih dengan orang sekeliling kita, pujuklah sendiri sebab tiada sesiapa akan pujuk kita semula.. pujuk sendiri dan bangunlah sendiri...beginilah kehidupan.."

Kesimpulan terbaik adalah, tersenyumlah dalam menghadapi kehidupan ^_^.. salam sayang.




Wednesday, 3 June 2015

Cerpen : Kita dan SurauNya


Jam menunjukkan 7.10 malam.

Pintu surau dibuka.

Suram. Sepi. Hambar. Dingin.

“Mungkin ramai yang telah pulang agaknya sebab ramai dah habis final exam kan”, getus hati kecilnya bilamana suasana surau dilihatnya teramat sunyi seolah-olah ia bukan sebuah tempat ibadah.

“Hmm..”, keluhnya kecil.

Sambil menunggu azan, ingatannya kembali teringat akan seorang sahabat kosnya yang pernah bertanya padanya beberapa hari lepas persoalan berkaitan dengan surau.

“Kenapa perlu pergi surau yang jauh tu ya Syahadah? Bukan ke surau tu ada dekat dengan penginapan asrama perempuan ke? Masjid lagi dekat kan kalau budak-budak lelaki ni nak pegi, dan tak rase ke macam nak menunjuk kalau sengaja pergi solat dekat surau yang dekat dengan penginapan perempuan tu??”, bertubi-tubi persoalan ditanya rakan lelaki kosnya seolah-olah umpama senapang yang penuh isi pelurunya diguna untuk ditembak-tembak ke arahnya.

"……………………………………….."

Tiada jawapan. Hanya diam jawapan yang mampu diberinya saat itu.

Hatinya kecilnya terkejut, terpana, terkesima dengan persoalan dan pemikiran sebegitu. Sungguh,  tidak tersangka jauh disudut hatinya rakan lelakinya itu akan bertanya persoalan begitu.

“Mungkin engkau belum mengerti wahai sahabat... Ketahuilah hebat mereka  yang hatinya sememangnya terikat dengan rumah Allah yakni masjid namun dikorbankannya rasa mahabbah itu dengan pergi mengimarahkan rumah-rumah Allah yang dilihatnya gelap tanpa adanya azan oleh mana-mana muazzin. Mereka jauh lebih patut untuk dibanggakan bukan kerana hebatnya alunan suara mereka, atau rajinnya mereka datang ke surau tetapi kerana hebatnya pengorbanan mereka untuk membantu membolehkan insan-insan lain agar  turut dapat bersama-sama menunaikan perintah Allah ini secara berjemaah. Ya, merekalah daie ummah, yang membawa sinar biah Islam buat ummah...” Suara hatinya berkata.

“Mungkin, dia belum memahaminya…”, cuba berbaik sangka.



"Allahuakhbar Allahu Akhbar...", azan berkumandang.

"MasyaAllah, Syahadah2 lama mengelamun ya...", geleng kepalanya.

Tersenyum. 

"Mungkin bila sampai masanya engkau menemui cinta DIA pasti akan kau tarik balik semula setiap apa yang engkau ucapkan itu sahabat..".

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari penulis, hidup ini kita semestinya akan berhadapan dengan 1001 persoalan dan ragam dengan mereka-mereka yang namanya Insan. Beginilah kehidupan hakikatnya. Setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan ini segalanya bergantung dengan bagaimana suasana hati kita melihat sesuatu perkara itu dan in simple word bagaimana niat kita. 

Sebagai analoginya, beberapa pihak menonton satu video nasyid didalam Youtube. Satu pihak yang berjiwa seni akan melihat bagaimana indahnya setiap bait kata nasyid itu dilafazkan; manakala satu pihak yang meminati hal2 photographer pula akan melihat bagaimana gambar2 yang berada dalam youtube itu; manakala bagi mereka yang meminati bahagian editing video pula akan melihat bagaimana kreatifnya penghasilan video itu dengan menggunakan software apa dan sebagainya. Nah, benar bukan, hanya dengan satu video youtube namun pentafsiran yang berbeza diberikan oleh setiap mata-mata yang menontonya. Kerana apa ya agak2? 

Dalaman menentukan luaran. Begitu juga keadaan cerita atas ini. Andaikata yang dipilih kita datang ke surau adalah untuk mendapat pujian, maka pujianlah yang akan kita perolehi kelak sedangkan ke mana sangat pujian itu akan membawa kita? Tidak ke mana bukan melainkan ia hanya merugikan amalan kita. Begitulah, andai ketenangan dan hijrah diri kita cari disurau, maka itulah yang akan kita perolehi. Pilihan ditangan kita untuk memilih apa yang ingin kita perolehi dari rumahNya itu.

Akhir kalam, suka penulis kongsikan nasihat yang penulis perolehi 2 tahun lepas daripada seorang senior penulis katanya, "Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk pastikan bilamana masuk sahaja waktu maghrib dan isyak, pastikan tiada satupun surau di tempat pengajian kita ini gelap. Berusahalah untuk  imarahkan surau kita dengan sebaik mungkin...". Kepada para pemuda agama, imarahkanlah surau dan rumahNya kerana kalianlah bakal generasi al-Fateh hari ini yang akan meneruskan legasi perjuangan Islam. TAKBIR!

Bagaimana kita mahu memberi andai jiwa insan itu sendiri tak dipersiapkan untuk menerima. Kerana percayalah “Untuk membina jiwa pastinya ia bermula dari dalam rumahNya”. 

Nukilan hati,
Syahadah. 7.00 am.

Wallahua'lam.


Wednesday, 27 May 2015

Andai Dia Muslimah..

Sewaktu halaqah..

jemaah mula memenuhi ruangan masjid..
begitu ramai menanti-nantikan penceramah..

lalu belakang aku di tepuk oleh masjidmates..

"ui,cuba tengok muslimah sana tu,cantik boh!"

lalu pakcik sebelah aku menegur kami sebab asyik memandang muslimah tu..

"ehem,cantikkan?

cantikkan kalau wanita pakai tudung labuh dan menutup auratnya dengan sempurna?
cantikkan kalau pandang mereka?
seolah-olah bidadari sedang memancarkan cahaya sakinah?

kalau nak bidadari macam mereka..
perbetulkan dulu diri kita..

tapi jangan sampai tergelincir..

aku bertanya..

"tergelincir? solat bukannya atas padang hoki ais pakcik nak tergelincir bagai"

mereka tertawa..

"bukanlah tergelincir itu pakcik maksudkan dengan lantai yang licin..

tapi berapa ramai orang-orang belajar agama dengan niat nak dapatkan wanita?

berapa ramai orang bertaubat tapi taubatnya untuk wanita?

dan berapa ramai wanita telah mengubah hati lelaki?

wanita yang baik itu ialah apabila kau pandang engkau tidak jatuh cinta padanya,tapi engkau jatuh cinta pada penciptanya

bayangkan kalau seorang wanita menutup auratnya dengan sempurna,..

dan setiap kali dia melangkah,
dia melangkah dengan penuh tarbiyyah pada mereka yang memandangnya"

Allah~

"jadi pakcik? wanita ni tanpa bersuara pun sudah Allah hiasi dengan dakwah ? pergh! "

***

SubhanAllah , jom jadi wanita yang apabila dipandang buat lelaki jatuh cinta pada Allah..

# Sumber : FB Page "Geng Tudung Labuh"



-------------------------------------------------------------------
Dari penulis, indah kata2 dalam cerpen diatas bukan? Ringkas tapi padat dengan isinya dan nasihatnya..menjadi muhasabah buat diri penulis..  Berbalik kepada tajuk, "Andai Dia Muslimah.. ". Untuk siapa tajuk ini ditujukan?? Mungkin ada hati yang menjawab buat kawan rapat saya yang pakai jubah, atau buat roomate saya yang berada dalam jurusan pengajian Islam atau pelbagai lagi jawapan.. Tetapi dalam banyak jawapan, kenapa persoalan ini jawapannya tidak ditujukan kepada kita wahai diri? Bukankah setelah dilahirkan kita di'binti'kan oleh ayah kita? Bukankah nama kita adalah nama seorang wanita? Ya bukan.. Makanya buat dirimu yang bergelar wanita dan yang sedang membaca entri ini, kembalilah menghargai dirimu wahai muslimah, besar harapan kedua insan yang melahirkanmu untuk melihat tatkala dirimu besar kelak, akan menjadi saham akhirat buat mereka.. Masa untuk kita memperbaiki diri menjadi lebih baik sentiasa ada, percayalah.. Moga DIA itu adalah kita. Ameen2.

Salam sayang keranaNya. Wallahua'lam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^