Saturday, 26 May 2012

Cerpen: Akhirnya Ku Temui Jawapan Itu..


“adah, cepat la! Nanti akak2 marah pulak kalau lambat”, jerit Izzati kepada sahabatnya Syahadah.

Setelah 15 minit berlalu latihan bola tampar…

“amboi, baru mai nah!! Suka hati ja ya nak mai lambat zati dengan adah!! Pi keliling padang 5 kali!!”, tegas kak Jannah selaku kapten bagi pasukan bola tampar puteri.

Setelah selesai denda yang diberikan, kak Jannah terpandang sesuatu yang dirasakannya agak aneh…

“adah, awat hang pakai stoking bila mai latihan nie??” semua pakai selipar ja akak tengok. Nampak hodoh la hang pakai lagu 2”, ngomel kak Jannah kepada anak buahnya Syahadah yang kelihatan ganjil berbanding yang lain apabila dia mengenakan stoking coklat bersama selipar. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan warga aspuri hanya memilih untuk memakai selipar semasa latihan sukan berbanding kasut sukan.

“……………………………..…”, hanya berdiam diri jawapan yang mampu Syahadah berikan tatkala itu. Hatinya tertanya-tanya “salahkah apa yang aku buat ni??”

Jiwanya berbelah bahagi antara yang mana benar dan sebaliknya. Kata-kata kak Nabihah, selaku ketua asrama yang memberi penerangan awal mengenai peraturan asrama ketika beliau mula menjejakkan kaki ditempat ini  mula menari-nari dibenak fikirannya tatkala itu.

“buat adik-adik yang baru masuk, akak harap adik-adik dapat ikut peraturan asrama ini ya. Pastikan kalian semua tutup aurat sebelum keluar dari asrama. Jangan lupa pakai stoking bila nak ke kelas prep, ke kantin dan ke sekolah…”

Maksudnya, kena pakai stoking bila nak pegi kelas prep, ke kantin dan sekolah ja ya??”, Tanya hatinya tatkala itu….

Akhirnya, persoalan itu terus menjadi persoalan tanpa ada jawapannya….

Sememangnya datangnya Syahadah ke sekolah agama ini setelah selesai menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah atas kehendak kedua ibu bapanya. Enggan dikatakan anak yang suka melawan kata orang tuanya, akhirnya beliau turuti jua walaupun pada ketika itu syahadah tahu dia hanyalah seorang yang amat cetek pengetahuan agama dalam dirinya.

 “adah, kenapa awak pakai stoking masa nak pegi buang sampah kat luar asrama?? Nanti kotor la stoking awak tu…”, Tanya sahabatnya, Anis kepada adah….

“x ape, adah masih ada stoking lebih..”, jawabnya acuh tak acuh dek kerana dia tidak tahu jawapan apa yang harus dia berikan.. sememangnya dia berasa malu untuk pergi membuang sampah di luar asrama itu kerana dia harus melalui asrama aspura terlebih dahulu… “aku malu la kalau budak laki nampak kaki aku..”, kata hatinya…

“tapi kenapa aku kena pakai stoking ya?? Kata kak bihah sebab kena tutup aurat tapi kenapa aku lihat akak-akak pakai ikut tempat tertentu ja?? Islam tu ajarannya kena praktikkan ikut tempat ja ka?? Jadinya, Islam tu tak sesuai untuk semua keadaan la ya??

Persoalan itu terus bermain di benak hatinya… enggan bertanya kepada sesiapa kerana beliau sememangnya seorang yang suka mencari kebenaran melalui penglihatan dan pengalamannya sendiri berbanding terus bertanya jawapannya…

…………………………………………….


……………………………………………..


……………………………………………..

3 TAHUN BERLALU…


“TAHNIAH!! ANDA TELAH BERJAYA MENDAPAT TAWARAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA…..”

Alhamdulillah, berkat rezekinya mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), akhirnya Syahadah mendapat tawaran untuk menyambung pelajarannya di sekolah agama yang lain pula…

Tetapi, hatinya berat untuk meninggalkan sekolah yang pernah menjadi tempatnya merasai suka dan duka, tawa dan ceria bersama sahabat-sahabat yang teramat disayanginya…

“cikgu redha kamu pergi Syahadah. Cikgu yakin kamu akan menjumpai sesuatu yang belum pernah kamu temui tatkala kamu belajar di sekolah ini. Memang sama sahaja sekolahnya kerana kedua-duanya sekolah agama, tapi yakinlah Syahadah, sistem tarbiahnya pasti berbeza…”, ujar cikgu Zaharah, selaku guru mata pelajaran Matematik yang amat rapat dengan Syahadah.

“mungkin aku akan temui jawapan bagi persoalan aku yang masih belum terjawab oleh sesiapa walaupun sudah 3 tahun berlalu..” tekad Syahadah didalam hatinya.

Akhirnya, berhijrah jua beliau ke tempat yang baru itu.


Hari ini bermulanya minggu orentasi di sekolah yang baru dijejakinya…

Pelbagai pengetahuan baru yang dijumpainya tatkala berada disekolah ini… barulah dia belajar apa itu Islam yang sebenarnya…. Sistem tarbiahnya, penjagaan ikhtilat (perhubungan) antara lelaki dan perempuan, adab2 yang Islam ajar daripada sebesar-besar perkara hingga ke sekecil-kecil perkara  semuanya telah dipelajarinya.

Menjadi kebiasaan setiap malam akan diadakan Tazkirah Maghrib di surau aspuri yang mana akan disampaikan oleh akak-akak yang berpengalaman.  Pada malam itu tibalah giliran kak Nurul, seorang akak yang amat dikagumi Syahadah dek kerana hebatnya akhlak yang beliau miliki.

“bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah dengan izin-Nya dapat lagi kita berhimpun pada hari ini  dan tidak lupa selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. kerana berkat pengorbanan Baginda dalam mempertahankan Islam, kita masih lagi pada hari ini merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam… Alhamdulillah.

InsyaAllah pada hari ini, sudilah akak berkongsi dengan adik2 yang akak sayangi berkenaan dengan AURAT KAKI… akak yakin, adik2 semua pasti tertanya-tanya kenapa kita perlu memakai stoking bukan?? Sebenarnya untuk pengetahuan adik2 semua, kajian sains ada membuktikan bahawa ditelapak kaki kita dan bahagian2 kaki kita sebenarnya memberi petunjuk atau penanda aras bagaimana keadaan dalaman kita bagi seorang wanita… malu bukan jika kaum muslimin tahu bagaimana diri kita yang sebenarnya??

 Jadinya adik2, pakailah stoking atau tutuplah aurat kaki kalian sama ada dengan memakai stoking mahupun memakai kasut bertutup… ingat ya, islam itu mudah ajarannya dan peganglah selalu prinsip dalam diri; “walau dimana sekalipun aku berada, ajaran Islam tetap aku kena laksanakan!!”, ucap kak Nurul mengakhiri ucapan tazkirahnya pada malam itu dengan lantang berkata-kata demi melihat adik-adiknya terus bersemangat dalam  melaksanakan suruhan Agama demi Islam yang dicintainya.

Ya, inilah jawapan yang selama 3 tahun ku cari… akhirnya ku temui ia disini… “walau dimana sekalipun aku berada, ajaran Islam tetap aku kena laksanakan!!” akan ku semat prinsip ini didalam diriku selalu…

Prinsip kak Nurul merungkai segala kekusutan persoalan yang dialami oleh Syahadah selama ini…  “terima kasih ya Allah biarkan aku menunggu selama 3 tahun untuk memperolehi jawapan yang amat aku harapkan ini… barulah kurasai hebatnya perancangan-Mu itu agar ku menjadi hamba-Mu yang lebih bersyukur.. Alhamdulillah..”, munajat Syahadah didalam hatinya.

…………………………………………………………

~kita merancang, Allah jua merancang, namun perancangan Allah lah yang jauh lebih baik buat kita..
~fahamilah setiap ajaran Islam yang kita laksanakan. Usah menjadi muslim ikutan namun jadilah muslim  yang benar-benar memahami setiap  apa yang kita laksanakan sebagai tanda cinta kita kepada-Nya.. kelak, dimana sahaja kita berada, kita pasti mampu melaksanakannya.
~berhijrahlah… pasti kita akan temui sesuatu yang lebih baik..
~pastikan redha kedua orang tua kita perolehi dalam setiap apa jua keadaan kerana redha Allah terletak pada redha mereka.

Wallahua’lam..;-)

Syahadah,
26 Mei 2012
12.45 pm

Tuesday, 22 May 2012

Mujahidah Itu..


Bismillahirrahmanirrahim,

 "Ana mu`minun sa a'isyu dauman mu`mina..."
(akulah mukmin yang akan hidup sebagai mukmin)

Maka ketahuilah semua orang aku di sini,
Aku melihat Allah dalam ciptaan-Nya,
dan aku dengar suara kebenaran dalam Quran-Nya.
dan aku sentuh hikmah-Nya dan belai kasih-Nya
dalam sirah mereka yang terpilih imannya,
akulah angin meniup tinggi atas setiap pelayar
alam ini bagiku dan bagimu khidmat yang telah dimudahkan..
Akulah bintang yang menunjuk qafilah dalam perjalanan..

InsyaAllah....

Mujahidah itu…
Hati meresahkan kesal menolak cintanya,
Api cinta marak dipendam bahangnya,
kerana itu Rahsia hati dan cintanya,
Pada Allah saja diceritakan rahsianya,
Terus berdoa memohon kepada-Nya,
Moga itu terbaik buat dirinya…

Mujahidah itu…
Di luaran dia tenang,
Dalam hati iman menentang,
Dalam hati nafsu berperang,
Antara dua cinta yang bertandang,
Namun, cinta Allah selalu menang,
Cinta kedua dilepaskan terbang…
Hari demi hari terus menyapa,
Kata orang mengapa tak punya rasa,
Sedangkan dia masih remaja,
Kata orang mengapa dia bahagia,
Sedangkan dia tak punya cinta,
Kata orang mengapa mantap hatinya,
Sedangkan dia tiada rijal penguatnya,
Mulut itu mulut mereka,
Sabarlah, biarkan saja…

Mujahidah itu…
Rabiatul Adawiyah itulah idolanya,
Sumayyah itulah obornya,
Khawlah itulah kecemburuannya,
Nusaibah itulah pahlawannya,
Fatimah itulah teladannya,
Aishah itulah buktinya,
Khadijah itulah kebanggaannya…

Mujahidah itu…
Dia mahu menjadi bidadari,
Terus solehah di jalan Ilahi,
Itu mimpinya di malam hari,
Itu angannya di siang hari,
Itu bicaranya sehari-hari,
Menjadi isteri sentiasa berbakti,
Kepada suami bakal berbudi,
Pilihan Allah akan terbukti!!
Ia janji yang sangat pasti!!

Mujahidah itu…
Tidak takut kehilangan cintanya,
Biar pelbagai ujian melanda,
katanya, dia masih banyak kurangnya!!
Hanya menggeleng kepala..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja,
Diam maknanya iman sahaja bersuara,
Pandangan matanya dibutakan sahaja,
Buta maknanya hatinya mula berkata,
Rijal kekasih Allah itu yang diharapnya!!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!!
Redha ibubapa itulah pilihannya!!
Bukannya rijal yang sebaliknya…

Mujahidah itu…
Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah mati,
Tatkala ummat Muhammad dilukai,
Hatinya menangis penuh mengerti,
Tatkala jasad saudaranya dikelar sana-sini,
Hatinya meraung penuh simpati,
Tatkala adik seakidah dirogoli,
Dibunuh tanpa secebis insani,
Hatinya jadi benar-benar mati,
Tak punya masa untuk berkasihani…

Mujahidah itu…
Tidak dia rasa kekurangan,
Kerana sudah cukup adanya Tuhan,
Tidak dia sepi sendirian,
Bila sentiasa bertemankan Tuhan,
Dia umpama permata yang berkilauan,
Kerdipnya menyilau pandangan,
Dialah wanita harapan Tuhan,
Kebanggaan umat zaman berzaman…

Mujahidah itu…
Tetaplah dirinya teguh di satu jalan…
Menjadi bidadari sememangnya impian…
Melangkah dengan sejuta harapan…
Harapan demi melihat ummat,
mula membanggakan Islam dalam kehidupan!!
Mengejar cinta dan keredhaan Tuhan…
Moga beroleh Syurga idaman…
Ameen…Ya Rabbb…

syahadah,
11.07 am
22 Mei 2012



Monday, 21 May 2012

Dia yang Dirindui...


Meniti hari-hari yang penuh onak duri, 
Kadang kala duka datang menduga,
Kadang kala bahagia datang menyapa..
Itulah hakikatnya hidup ini..
Kitalah nakhodanya…
Penentu bahagia dan duka dalam diri..

               Salam bahagia buat semua yang penulis kasihi kerana-Nya… Alhamdulillah bersua kembali setelah sekian lama menyepi diri kerana sibuk dengan urusan yang menuntut fokus dalam diri… tatkala kesibukan melanda, pasti akan menyapa jua rasa rindu di jiwa.. rindu kepada insan yang disayangi, insan yang menjadi penghembus semangat dalam diri, insan yang sentiasa ada di sisi memberi teguran pada diri tatkala diri tersungkur dalam ujian yang dihadapi…

Agak2 siapa ya yang penulis maksudkan?? ^_^ semestinya, dia insan istimewa buat diri penulis… insan itu penulis kenali dengan lebih rapat tatkala kami sama2 meningkat remaja… ujian hidup yang dihadapi menjadikan kami lebih rapat berkongsi pendapat dan saling mengingatkan antara satu sama lain…itulah lumrah kehidupan berkeluarga... merekalah sahabat, teman, kawan baik dan segala-galanya buat kita berkongsi suka dan duka...


Ya Allah, betapa tatkala ini diri ini teramat rindukan dia.. rindu ingin mendengar teguran darinya dan rindu untuk mendengar nasihat peringatan buat diri ini…dialah insan itu yang bergelar seorang “ABANG”… terima kasih ya Rabbi kerana kurniakan dia dalam hidup ini...




perginya ia insan yang diri ini hormati demi sebuah perjuangan di bumi Australia untuk menagih secebis ilmu buat sumbangan untuk ummah hari ini... moga hijrahnya ia menjanjikan sebuah jihad untuk agama-Nya...

................................................................
buat semua yang bergelar seorang abang mahupun kakak, hargailah adik-adik kalian.. sebarkanlah rasa kasih sayang itu agar kelak "PERGINYA kita dirindui dan PULANGNYA kita  dinanti...".. tunjukkanlah contoh yang terbaik buat insan2 yang kita sayangi... tidak mengapa, secetek manapun ilmu didada kita, bukan bermakna kita tidak hebat dan tidak layak menegur kesalahan adik2 kita... namun, tegurlah atas dasar bertanggungjawabnya kita memikul amanah itu menjadi seorang abang dan kakak...

dan tidak lupa buat yang bergelar seorang adik, hargailah kehadiran insan yang bergelar abang dan kakak dalam hidupmu.. terimalah teguran yang mereka berikan kerana itulah tanda mereka menyayangi dirimu... walau sejahat manapun abang dan kakak kita, merekalah satu-satunya abang dan kakak kita dan tiada lagi penggantinya.. terimalah kekurangan diri mereka dengan seadanya dan hargailah kehadiran mereka..

 sebarkanlah bahagia di jiwa... salam ukhwah kerana-Nya...

wallahua'lam...;-)


syahadah
12.41 am
22 Mei 2012

Tuesday, 1 May 2012

Apabila Keimanan Kita Dipertikaikan...


Bismillahirrahmanirrahim,

              Salam penuh kasih sayang kerana-Nya dari penulis buat semua… moga2 masih subur dalam kalbu kita kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya… pada penulisan kali ini, sudilah penulis berkongsi sesuatu buat semua… agaknya pernah tidak kalian semua diuji atau dalam erti kata lain merasai sebuah kesedihan?? Sama ada mengalami kehilangan barang yang  disayangi atau kegagalan dalam sesuatu perkara atau sebagainya?? Pasti pernah bukan?? Tetapi,  berterima kasihlah kepada-Nya kerana semua pengalaman itu menjadikan kita sekuat dan setabah ini pada hari ini… alhamdulillah..

bila kita merasai rasa itu, bersyukurlah kerana bukan semua makhluk ciptaan-Nya di beri peluang untuk merasainya… agak2, apa ya yang anda lakukan sekiranya anda rasa sedih?? Makan?? Tidur?? Atau apa?? Yang pastinya,penulis percaya  kita semua punya cara tersendiri untuk merawatnya bukan?? Cuma harapan penulis usah pilih jalan mudah dengan menamatkan riwayat hidup anda kerana ia BERDOSA BESAR

kali ini, penulis ingin berkongsi salah satu terapi yang dapat kita gunakan bagi merawat duka dihati.. sedar tidak siapa yang memberi kita rasa sedih itu?? Pasti DIA yang mencipta kita bukan?? Jadinya, penawarnya pasti dari-Nya juga iaitu semestinya Al-Quran





                  penulis ingin mengajak kalian, cubalah dapatkan al-Quran yang mempunyai tafsir… terlalu banyak yang dijual dikedai.. carilah.. dan cuba dapatkan penanda buku lutsinar yang berwarna juga… kenapa?? Ada sebabnya..tatkala anda membaca al-Quran dan membaca tafsirnya, cubalah “highlight” kan makna atau tafsir ayat al-Quran yang amat menyentuh hati atau memberi inspirasi dalam diri kita dengan menggunakan penanda buku itu ya… pasti al-Quran anda akan kelihatan sangat berwarna- warni nanti…menarik bukan..?? ^__^





------------------------------------------------------------------
Dari penulis, bukan tanpa sebab kita menjadikan al-Quran kita kelihatan cantik dengan penanda buku yang berwarna-warni itu…

              Tapiii, bilamana diri kita rasa sedih, sekali-sekala cubalah selak kembali segala tafsir al-Quran  yang kita highlighkan itu atau salah satu daripadanya… pasti kita akan terjumpa “sesuatu”.. kadang kala, apabila kita terbaca salah satu yang kita highlighkan itu, ia seolah-olah jalan penyelasaian bagi ujian yang sedang kita hadapi… ia umpama Allah sedang berkata-kata  dengan kita... subhanallah, hebat bukan?? Percayalah, pasti ketika dan saat itu menitis air mata jernih kita kerana penawarnya telah kita temui…

               Al-Quran  itu sememangnya kalam darinya bukan?? Jadi, gunakanlah ia dengan sebaiknya dan bertadabburlah dengan maknanya… sayu hati kita tatkala menghayati kalam dari-Nya yang umpama kata-kata penuh kasih sayang buat kita yang sedang diuji dengan kesedihan… percayalah…


Tiada terapi ketenangan yang lebih baik melainkan kalam dari-Nya… hidup kita tidaklah  seindah pelangi petang, kadang kala akan datang  jua ribut mahupun  mendung… namun, hadapilah ia dengan penuh ketenangan dan ketabahan… ujian dari-Nya tanda kasih sayang buat kita… rawatlah ia dengan kalam dari-Nya..

                       Akhir kalam, rawatlah hati kita dengan sebaiknya… usah tersalah pilih caranya, kelak akan rosak hati yang satu itu.. buat yang sedang diuji dan merasakan “Allah tidak adil pada diriku!!”, bersabarlah duhai dirimu dan percayalah kita hanya merancang, tetapi perancangan dari-Nya jauh lebih baik buat kita…. Dan bersabarlah.. pasti akan kita temui pelangi dikemudian hari… pandanglah sesuatu perkara yang berlaku kepada  kita dengan positif… perjalanan hidup ini pasti penuh dengan liku-liku dan banyak rintangan yang harus dilepasi. cabaran dan dugaan tidak pernah berakhir, ini hanya kerana Dia tahu kita mampu menempuhinya untuk kekuatan iman. ingatlah selalu kehidupan tidak semuanya untuk difahami tetapi adalah untuk kita diterima...anggaplah semua bebanan masalah itu adalah sebahagian daripada hadiah Tuhan untuk menjadikan kita manusia yang lebih dewasa...

“harapan harus ditumbuhkan ketika seseorang itu berada dalam kekecewaan.. kekecewaan hati harus disemai dengan pengharapan…. Ketika kekecewaan tidak diubati dengan awan harapan, sejarah kelabu menjadi semakin kelabu dan menghitam…”

“senyumlah dikala beroleh kegembiraan tanda kesyukuran menerima nikmat-Nya dan senyumlah dikala beroleh kedukaan tanda keredhaan hati menerima ujian-Nya…”

                   Moga-moga entry kali ini memberi sedikit hembusan inspirasi semangat buat hati-hati yang tatkala ini sedang diuji dengan apa jua ujian… ingatlah jika kita mengaku kita beriman, keimanan kita pasti akan diuji sebagai taruhan sejauh mana cinta kita kepada-Nya… keimanan kita pasti akan dipertikaikan melalui ujian-Nya untuk dilihat sejauh mana persediaan kita dalam mengorbankan diri demi meraih kedudukan disisi-Nya...adakah sekadar keimanan itu hanya terucap di lidah mahupun ianya lahir dari hati yang kudus cinta-Nya semata-mata kepada-Nya... salam kasih sayang kerana-Nya…

Wallahua’lam…;-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^