"Apa matlamat hidup anda kini?", tanya seorang wartawan kepada seorang artis daripada luar negara yang baru selesai majlis perkahwinan mereka.
"Kini matlamat saya berbeza daripada sebelum ini. Dahulu sebelum berkahwin, saya berhasrat untuk menjadi seorang yang terbaik untuk anak-anak saya, namun kini tidak lagi..", Jawabnya dengan bersemangat.
Terkejut wartawan tersebut dengan jawapannya, lalu ditanya pula, "Kenapa sampai begitu sekali matlamatnya berubah. Jadinya apa matlamat anda kini?", soal wartawan dengan penuh minat menantikan jawapan daripada artis itu.
"Saya tidak mahu menjadi yang terbaik untuk anak-anak saya kerana saat ini saya ingin jadi yang terbaik kepada isteri saya yang saya miliki sekarang ini, bukan lagi anak-anak saya yang masih belum ada lagi ini di atas muka bumi ini...", jawabnya ringkas.
------------------------------------------------
Temubual ini penulis lihat semasa menonton bersama adik-adik penulis di rumah. Hikmah itu ada di mana-mana, maka carilah ia.
Begitulah hikmah yang dapat penulis perolehi daripada rancangan tersebut, lesson from this situasion.; "be the best dan jadikan sesiapa sahaja yang pernah hadir dalam hidupmu sebagai king dan princess saat dia berada disampingmu"...
Begitulah yang Islam ajar kepada kita, hablul mina Allah dan hablul mina annas (jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia). Indahnya yang Islam ajar kepada kita sebagai hambaNya. Setiap insan yang hadir dalam hidup kita, dia punya HAK nya yang perlu kita tunaikan iaitu menghargai kehadiran nya melalui pelbagai cara dan situasi; apabila ibu memasak untuk kita, hargainya dengan memakan masakannya dan memujinya walau tidak sedap sekalipun, apabila adik memberi kita hadiah zahirkan rasa gembira hatta hadiahnya hanyalah kertas yang melukis gambar kita kerana adik kita baru pandai menggunakan pen, apabila guru memberi nota hargainya dengan cara meletakkan ia ditempat yang dihormati, apabila kawan meluahkan masalah hargainya dengan cara memberikan perhatian penuh minat tanda kita prihatin kepadanya dan pelbagai lagi situasi...
Pelbagai cara bukan dapat kita gunakan untuk menghargai insan-insan di sekeliling kita? Maka kreatifkan cara kita. Kata Prof. Muhaya, "Erti hidup adalah memberi". Jangan pernah mengharapkan penerimaan dan pembalasan, kerana kelak hati kita akan sakit. Sebaliknya memberi dan terus memberi kerana sesungguhnya yakinlah dalam hati bahawa Allah itu sebaik-baik memberi balasan dan DIA Maha Melihat setiap kebaikan yang kita lakukan..:-).
"Hargailah mereka yang berada disamping kita saat ini sebelum tiba masanya DIA akan mengambil semula mereka daripada kita..kerana penyesalan setelah itu jauh menyakitkan. Percayalah.."
Hidup kita tidak lama, dekat dah kita akan berjumpa dengan sang Pencipta kita, maka buatlah sebanyak mungkin amalan dan kebaikan kerana kita tidak akan pernah tahu dimana letaknya redhaNya dalam setiap kebaikan yang kita lakukan :-)
Salam semarakkan amal dan salam bahagia :-)
Daripada penulis yang masih belajar dan akan terus belajar untuk memberi :-)
"Orang yang berSYUKUR sentiasa malu untuk 'dimiliki' selain oleh Allah. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, hatinya subur dengan syukur. Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupnya.." Ya Allah, sudilah kiranya Engkau memandang kami dengan pandangan rahmat-MU.. Allahurabbi pimpinlah diriku..
Tuesday, 25 April 2017
Saturday, 22 April 2017
Jodoh, dia disisimu sebenarnya...
Bismillahirrahmanirrahim.
"Kenapa tolak dia Mira?", soal Adah bilamana sahabatnya Mira menolak taqdim daripada seorang pemuda.
"Mira rase tak layak dengan dia sebab dia berlainan fakulti dan bidang dalam maksud lain kami tak sekufu..", terang Mira dengan sebak.
Beginilah kehidupan dan realiti yang sering berlaku,
Ada keadaan seorang perempuan itu diminati,
Bila dirisik, ia menolak..
Ada keadaan seorang perempuan itu sentiasa menanti,
Dan bersedia menerima siapa sahaja tanpa syarat,
Namun sebaliknya tidak pula kunjung tiba risikannya..
Ada keadaan seorang perempuan itu ditaqdim,
Namun menolak kerana mengharapkan insan lain..
Menarik bukan percaturan hidup ini, kita sering tidak dapat apa yang kita inginkan, dalam erti kata lain, lain yang diminta, lain pula yang Allah bagi bukan? Tapi....
Jangan lupa satu perkara Allah pesan kepada kita dalam kalamnya Surah al-Baqarah ayat 216:
Bila bercakap tentang jodoh, ia tidak akan pernah lari dengan kata-kata, "yang terbaik", "tak layak", "tak sesuai" dan sebagainya. Namun benarkah pendirian kita selama ini dengan perkataan itu. Apa yang kita faham melaluinya kata-kata itu sebenarnya?
Buat adik-adik, teman-teman yang penulis kasihi, fahamilah kita hakikatnya semua lahir dalam fitrah sukakan kebaikan, bermakna kita semua adalah baik. Jadi secara tidak langsung, semuanya sesuai untuk kita jadikan pasangan dalam hidup kita bukan? Sebagai contoh dalam kelas, semua rakan-rakan perempuan atau lelaki sesuai kita jadikan pasangan kita sebabnya mereka baik kan, dengan nilai iman yang ada dalam diri..
tapi....
Dalam ramai-ramai itu, siapakah yang paling terbaik? dan apa yang dimaksudkan dengan "yang terbaik" itu?
Mudahnya apa yang penulis fahami, semuanya adalah baik namun dalam ramai-ramai antara mereka, siapa yang paling terbaik untuk melengkapkan kekurangan yang ada dalam diri kita, maka dialah jodoh kita. Yang baik itu ramai, namun yang paling terbaik pastinya hanya satu.. carilah ia, dan perhatikan siapa disekelilingmu, lazimnya jodoh itu disekitar kita sahaja.. ada yang melalui perantara ibu ayah, teman seperjuangan, sahabat baik dan sebagainya..:-)
Ringkasnya, setiap dari kita punya zon masa yang tersendiri yang Allah telah lakarkan yang paling terbaik buat kita. Ada kalanya rezeki bersama keluarga diberiNya lebih, ada yang diberinya rezeki berkhidmat untuk ummah selamanya dan sebagainya. Maka bersabarlah menghadapi segalanya, dalam kata mudah "follow the flow". Oleh itu, jagalah amal fardhi kita (solat, zikir, mathurat, solat malam, bacaan al-Quran) dan segalanya kerana jodoh itu gambaran bagaimana kita. Inginkan yang terbaik, kita dulu perlu jadi yang terbaik, dan yang terbaik untuk siapa? Semestinya terbaik untuk DIA pencipta kita..
Salam bahagia,
Daripada penulis yang tiba-tiba terfikir tentang ini (oleh kerana terlalu banyak invitation card yang dapat kebelakangan ini) :-)
Wednesday, 12 April 2017
PUISI : “ KAU PEMBAWA QUDWAH KEJI”
TEMA : Akhlak Seorang Pendakwah Agama
PERASAAN : Kecewa
NADA : Sedih & Sinis
TUJUAN :
1.Untuk menyedarkan para pendakwah bahawa setiap perbuatan mereka
dicontohi oleh masyarakat awam
2.Untuk menegur para pendakwah yang tidak mengamalkan apa yang disampaikan
2.Untuk menegur para pendakwah yang tidak mengamalkan apa yang disampaikan
Dirimu dikenali,
Dan disanjung
tinggi,
Oleh
insan-insan hari ini,
Yang dahagakan
ilmu Ilahi,
Mereka
menyangka kau lah contoh terpuji,
Namun
hakikatnya kini,
Kaulah pembawa
qudwah keji.
Engkau
berbicara demi Ilahi,
Mengajak insan
kembali mengenali diri,
Persoalannya kini,
Mengapa
bicaramu melebihi amali?
Engkau memahami,
Bahawa zina
itu maksiat hati,
Namun mengapa
jadi begini,
Tatkala aku
menegur tindakanmu ini,
Engkau hanya
memandang sepi,
Malah menjauhi
diriku ini,
Seolah-olah
akulah pendosa kepada Ilahi.
Tatkala
tindakanmu,
Melanggar
syariat Ilahi,
Engkau dengan
berani,
Membolak-balikkan
hukum Ilahi,
Demi
menghalalkan perbuatanmu ini,
Supaya tidak
dipandang keji,
Adakah engkau
ulama su’u di abad ini?
Engkau
berkata,
Jauhilah
syirik kepada Ilahi,
Namun tatkala melakukan
sesuatu,
Pandangan
insani yang lebih kau idami,
Qudwahkah begini?
Kemungkaran
hari ini,
Semakin
menjadi-jadi,
Wahai
pendakwah sejati,
Apa tindakanmu
kini?
Adakah hanya
berdiam diri?
Nukilan hasil kelas subjek "Penulisan & Pengucapan Dakwah".
Tinta Hati.
Bismillahirrahmanirrahim...
Menulis kembali,
Walau jari jemari ini kian lambat pergerakannya,
Walau fikiran ini kosong,
Walau pandangan ini kian kelam,
Tiada apa yang ingin dicoretkan..
Hakikatnya..
Belajar dengan alam.
Supaya kita tahu.
Erti sebuah SYUKUR...
Menulis kembali,
Walau jari jemari ini kian lambat pergerakannya,
Walau fikiran ini kosong,
Walau pandangan ini kian kelam,
Tiada apa yang ingin dicoretkan..
Hakikatnya..
Belajar dengan alam.
Supaya kita tahu.
Erti sebuah SYUKUR...