Gambar Hiasan |
Hujung
minggu kembali lagi.
Semestinya
menjadi seorang wanita adalah menjadi suatu kenikmatan apabila berpeluang
keluar bersama sahabat-sahabat rapat yang menjadi kesayangan hati…
“Mira nak
beli jubah esok sebabnya banyak dah jubah-jubah mira singkat”, ujar Mira akan
hasrat hatinya..
“Ye2 samela
kite pun nak beli ye sebabnya jubah kite dah tak muat la..”, ngomel Sara sambil
memicit pipinya yang sememangnya sudah kelihatan seperti belon sahaja.
Suasana
sunyi di rumah sewa mereka pecah dengan gelak tawa ahli rumahnya yang lucu
dengan sikap keanak-anakan Sara yang sering mengomel keadan fizikal dirinya.
“Kalau
macam tu esok pastikan siap jam 10 pagi kita gerak ke Pasar Payang ya sebabnya
banyak jubah area sana,” Ujar Halimah yang sejak dahulu seperti seorang kakak
dalam persahabatan mereka.
“Bereh !!”,
Sahut Sara dan Mira serentak. Walaupun mereka bertiga datang daripada negeri
yang berlainan, namun persahabatan yang terjalin tatkala di universiti di
Terengganu ini tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka berukhwah.
Keesokan
harinya ketika di Pasar Payang.
“Mira,
Halimah jom kita beli dengan pak cik ni sebabnya pak cik ni baik sangat suka
bagi murah…”, ajak Sara. Mereka pun bergegas ke arah kedai pakcik yang
dimaksudkan oleh Sara.
“Pak cik
kami nak beli dua pasang jubah ni, berapa semua pak cik?”, Tanya Sara.
Benar
pakaian yang dijual oleh pak cik ini sememangnya sangat bermutu tinggi jenis
kainnya dan sangat berpuas hati serta harganya juga sesuai dengan kualiti
kainnya.
“Semua
sekali RM180 nak ya,” Jawab pak cik dengan senyuman yag terukir diwajahnya.
Wajah pak
cik tersebut sememangnya menunjukkan usianya yang hampir 50 an. “Pastinya pak
cik ini bekerja keras mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya..”, monolog Halimah didalam hatinya.
“Ala pakcik
bagi la RM140 je kami ni pelajar lagi,” ngomel Sara untuk memujuk pakcik
memberi murah.
Wajah
pakcik tersebut mulai berubah namun beliau cuba untuk kelihatan tenang. Halimah
menyedari perubahan diwajah pakcik tersebut. Dan sememangnya dia juga memahami keadaan
pakcik itu.
“Kesian kat
pak cik nak hari ni pak cik belum dapat rezeki apa-apa lagi untuk bagi kepada
keluarga pak cik..”, pujuk pak cik tersebut mengharapkan pengertian.
“Awak bayar
je la RM180, lagipun bukannya mahal sangat la Sara”, nasihat Halimah.
“Ala awak
ni kenapa Halimah nak sangat sokong pak cik ni lagipun mana tahu sebenarnya pak
cik ni untung banyak je tapi dia sengaja berpura-pura menagih simpati dengan
kita..”, hujah Mira yang menyokong Sara.
“Kerana
ayahku juga sepertinya..”, perlahan Halimah menjawab pertanyaan Mira itu.
Ayahku juga
seorang peniaga seperti pak cik ini dan aku menyaksikan setiap hari sebelum
subuh ayahku telah keluar ke Pulau Pinang kerana jaraknya dengan rumahku
memakan masa 2 jam. Ayahku ke sana semata-mata untuk mencari barang-barang
perniagaan perabot terpakai untuk dijual. Kemalangan jalan raya, luka dan
bengkak di kaki serta pulang hingga ke lewat malam adalah perkara biasa yang ku
lihat setiap hari. Pun begitu ramai pelanggan meminta harga yang sangat murah
melebihi harga modal tanpa mengetahui kepenatan yang ayahku alami. Sedangkan
apa salahnya kita membayar sahaja apa yang harga ditetapkan oleh setiap peniaga
kerana itu rezeki mereka.. Sayu Halimah menutur kata sambil air matanya mula
mengalir.
Terkelu
lidah Sara dan Mira tatkala mendengar setiap apa yang dituturkan oleh Halimah.
Mereka tidak pernah tahu tentang kesusahkan sahabat mereka itu kerana mereka
berdua lahir dalam keluarga yang serba lengkap dan Halimah juga tidak pernah
berkongsi kesusahkan dengan mereka.
“Kami minta
maaf Halimah..”, Serba salah mereka berdua kepada sahabat baik mereka itu.
Halimah
tersenyum kembali memandang mereka.
“Eh kalian
tiada salah dengan saya ya, setiap yang berlaku ni Allah nak datangkan sesuatu hikmah
sebenarnya.. hargailah sesiapun dalam hidup kita walau bagaimana sekalipun
darjat mereka..dah-dah pergilah bayar kepada pak cik tu ya..”, Nasihat Halimah
tenang memujuk sahabat-sahabatnya.
“Pak cik ni
kami beli dengan harga RM180 ya pak cik tak perlu kurangkan harga dah..,” Ujar
Sara kepada pak cik tersebut.
“Alhamdulillah
terima kasih nak ya pak cik jual ya”, balas pak cik tersebut tersenyum kembali.
Mereka pun
pulang setelah itu dengan membawa 1001 hikmah buat masing-masing.
----------------------------------------------------------------------------------------
Beginilah
kehidupan yang sering kita saksikan dalam sehari-hari. Kita mudah sahaja ingin
meminta turunnya harga apabila berjual beli dengan para peniaga yang pada
anggapan kita mereka berkemampuan namun tidak pula ketika mendapatkan
perkhidmatan di hospital dan sebagainya. Sedangkan pekerjaan itu sama sahaja di
sisi Islam dan tiada beza dari segi darjat dan kemuliaan.
Islam juga hadir menyariatkan zakat kerana ingin membersihkan apa yang bukan menjadi hak kita. Begitulah indahnya penyariatan hukum Islam. Dalam konsep rezeki, hakikatnya setiap yang menjadi milik kita bukanlah apa yang sedang kita miliki tetapi adalah apa yang kita infakkan kerana itulah saham di akhirat kita kelak. Oeh itu, ayuh kita memberi dan terus memberi terutama dibulan yang mulia ini kerana persinggahan kita di dunia ini hanyalah sementara sahaja sebelum kita punya kehidupan di negeri akhirat yang kekal abadi. Sebarkan kasih sayang.
RAMADHAN KAREEM :-)
Islam juga hadir menyariatkan zakat kerana ingin membersihkan apa yang bukan menjadi hak kita. Begitulah indahnya penyariatan hukum Islam. Dalam konsep rezeki, hakikatnya setiap yang menjadi milik kita bukanlah apa yang sedang kita miliki tetapi adalah apa yang kita infakkan kerana itulah saham di akhirat kita kelak. Oeh itu, ayuh kita memberi dan terus memberi terutama dibulan yang mulia ini kerana persinggahan kita di dunia ini hanyalah sementara sahaja sebelum kita punya kehidupan di negeri akhirat yang kekal abadi. Sebarkan kasih sayang.
RAMADHAN KAREEM :-)