Sebagai pengenalan,. Perang badar di ambil
nama sempena daripada peristiwa yang berlaku di tempat yang bernama Badr. Badr
merupakan sebuah bandar kecil di barat daya Madinah, iaitu di pertengahan jalan
di antara Makkah dan Syria. Bahagian selatannya tinggi (al-‘Urwah al-Qaswa),
sedangkan di bahagian utaranya rendah dan datar (al-‘urwah al-dunya). Banyak
air dapat diperolehi di gurun ini daripada perigi-perigi tua yang selalu
menjadi tempat perjumpaan kafilah. Di sana, terdapat suatu kawasan padang yang
luas yang dikelilingi bukit-bukit batu dan telah dijadikan pasar (suq). Setiap
tahun orang Arab berhimpun di pasar itu untuk menjalankan perniagaan, serta
mengadakan pertandingan membaca puisi dan lain-lain kegiatan seperti yang
dilakukan di pasar ‘Ukkaz. Di Badr juga juga menjadi salah sebuah tempat dimana
berlakunya peperangan di antara kaum muslimin dengan musyrikin Makkah, iaitu
dikenali sebagai “Perang Badar” yang merupakan tajuk bagi kerja kursus Fiqh
Sirah saya bagi kali ini. Peperangan
ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah.
2) SEJARAH PEPERANGAN BADAR
Perang badar merupakan peperangan yang pertama berlaku dalam sejarah
Islam. Perang badar dianggap sebagai
peperangan yang terpenting dalam Islam kerana kesan peperangan itulah yang
menentukan masa depan Islam dan umat Islam di Madinah. Didalam peperangan ini,
tentera Islam telah mencapai kemenangan, meskipun bilangan mereka hanya
berjumlah 300 orang berbanding dengan tentera Musyrikin Makkah, yang berjumlah
950 orang. Kisah kemenangan ini disebut didalam al-Quran dalam surah al-Imran ayat 123-126. Jumlah tentera Musyrikin Makkah diketahui oleh baginda melalui cara halus
dengan menyoal dua orang hamba tentang jumlah unta yang disembelih dalam sehari
untuk dimakan oleh tentera Musyrikin Makkah. Baginda menganggarkan jumlah
mereka sekitar 1000-900 kerana dalam sehari sebanyak sembilan atau sepuluh unta
dibunuh untuk dimakan.
Dalam
peperangan ini, ramai pemimpin Quraish Makkah telah terbunuh di antaranya Abu
Jahal. Banyak juga di antara mereka yang ditawan. Orang-orang tawanan Quraish
yang berilmu pengetahuan telah dijadikan pendidik bagi mendidik kanak-kanak
Islam membaca dan menulis.
Pada
pertengahan bulan Jamadil Awal tahun kedua Hijrah, satu maklumat diterima di
Madinah bahawa suatu kafilah sedang dalam perjalanan dari Makkah ke Syria di
bawah pimpinan Abu Sufyan. Nabi pergi ke Zat al-Asyirah untuk memburu kafilah
itu dan tinggal di sana hingga awal bulan berikutnya tetapi beginda s.a.w tidak
berjaya menemui mereka. Waktu kembalinya kalifah itu hampir dapat dipastikan
kerana kafilah Quraisy biasanya kembali dari Syria ke Makkah di awal musim
gugur.
Menurut
sebahagian riwayat, Nabi mengutus ‘Adi, Talhah bin Ubaidillah dan Sa’id bin
Ziad untuk mengumpulkan maklumat tentang jumlah dan rancangan perjalanan
kafilah, jumlah pengawalnya dan jenis-jenis barang dagangannya. Maklumat yang diterima
iaitu kafilah itu merupakan satu kafilah yang besar dan semua orang Makkah
mempunyai bahagian dalam barang-barang dagangannya. Selain itu,pemimpin kafilah
adalah Abu Sufyan dan pengawalnya sekitar 40 orang dan barang dagangan diangkat
oleh seribu ekor unta yang nilainya sekitar 50000 dinar.
Disebabkan kaum Quraisy telah menahan harta
kaum Muhajirin yang sekarang tinggal di Madinah, maka wajarlah pula apabila kaum muslimin menahan juga barang dagangan
mereka. Apabila mereka tetap berdegil menahan harta kaum muslimin yang
berhijrah maka sebagai balasan, kaum
muslimin mesti merebut harta dagangan mereka sebagai rampasan perang. Oleh itu,
Nabi Muhammad s.a.w berseru kepada para sahabatnya, “Hai manusia! Itu kafilah
Quraisy. Kamu boleh keluar dari Madinah untuk merampas harta mereka. Mungkin
keadaan kamu akan lebih baik.”
Dalam keadaan itu, Nabi Muhammad s.a.w
meninggalkan Madinah bersama 313 orang di bulan Ramadhan tahun kedua hijrah
untuk menawan harta orang Quraisy yang berkhemah di tepi perigi Badar. Ketika
pergi ke Syria, Abu Sufyan telah menyedari bahawa Nabi telah mengejar
kafilahnya. Abu Sufyan tidak meneruskan perjalanannya. Dia tidak ada pilihan
lain kecuali memberitahu orang Quraisy tentang bahaya yang mengancam
kafilahnya. Justeru itu, dia mengupah seorang penunggang kuda yang tangkas
bernama Zamzam bin ‘Ammar al-Ghifari dan memberinya arahan supaya pergi ke
Makkah dan memberitahu para pemimpin Quraisy serta pemilik barang untuk
mengawal dan melindungi kafilah daripada serangan kaum muslimin. Zamzam segera
pergi ke Makkah dan sesuai dengan perintah Abu Sufyan, Zamzam memotong
kedua-dua telinga untanya, menghancurkan hidungnya, memasang pelananya secara
terbalik menghadap ke atas, mengoyak bajunya di depann dan belakang. Hal ini
menyebabkan semangat penduduk Makkah untuk berperang memburu kecuali Abu Lahab. Bapa saudara Nabi ini
mengupah ‘Ash bin Hisyam dengan upah 4000 dirham untuk pergi bertempur atas
namanya.
Tentera muslimin dan tentera Quraisy
bertemu di Lembah Badar. Jumlah tentera muslim hanya 313 orang,82-86 berhijrah, 61 orang terdiri daripada kaum Aus dan 170
orang terdiri daripada kaum Khazraj. Mereka hanya mempunyai dua ekor kuda milik
Az-Zubair bin al-'Awwam dan Al-Miqdad bin al-Aswad al-Kindi, 70 unta yang
seekor untuk dua atau tiga orang bagi menunggang alternatif. Rasulullah s.a.w sendiri
dan 'Ali dan Murthid bin Abi Murthid Al-
Ghanawi juga masing-masing mempunyai seekor unta. Berbeza dengan bilangan tentera Quraisy yang tiga kali ganda lebih besar. Kaum muslimin tidak mempunyai senjata yang mencukupi. Alat pengangkutan mereka terdiri daripada tujuh puluh ekor unta dan beberapa ekor kuda sedangkan musuh mereka mempunyai kekuatan padu untuk menjatuhkan Islam.
Ghanawi juga masing-masing mempunyai seekor unta. Berbeza dengan bilangan tentera Quraisy yang tiga kali ganda lebih besar. Kaum muslimin tidak mempunyai senjata yang mencukupi. Alat pengangkutan mereka terdiri daripada tujuh puluh ekor unta dan beberapa ekor kuda sedangkan musuh mereka mempunyai kekuatan padu untuk menjatuhkan Islam.
Nabi Muhammad s.a.w berkhemah di lorong utara Badar di kaki bukit yang
bernama al-‘Urwa al-Dunya.Prinsip
ketenteraan dan taktik peperangan dengan cara mengetahui keadaan musuh
merupakan rahsia kejayaan bagi sesebuah pasukan. Pasukan Islam mengambil tempat
sesuai dengan prinsip-prinsip ini. Setiap gerakan yang dapat membuka rahsia
tidak dilakukan.
Kemuncak bagi peperangan ini berlaku
bermula apabila Aswad al-Makhzumi, yang merupakan seorang yang panas baran
melihat tempat air yang dibina oleh kaum muslimin, kemudian dia bersumpah akan
melaksanakan salah satu daripada tiga perkara, iaitu meminum air dari tempat
itu, menghancurkannya atau terbunuh kerananya. Dia kemudiannya keluar dari barisan
kaum kafir lalu menemui ketua tentera muslimin iaitu Hamzah berdekatan kawasan
air itu, lalu timbul perkelahian di antara mereka. Hamzah menetak kakinya
hingga putus. Untuk memenuhi sumpahnya dia berusaha mencapai bekas hingga mati.
Kejadian ini menyebabkan peperangan yang tidak dapat dielakkan berlaku.
Menurut tradisi Arab klasik, sebagai
mukadimah peperangan selalunya didahului oleh perang tanding. Setelah kematian
Aswad al-Makhzumi, tiga orang perajurit Quraisy yang gagah berani keluar dari
barisannya lalu mencabar kaum muslimin untuk bertarung. Mereka terdiri daripada
dua orang bersaudara iaitu Utbah dab Syaibah bin Rabi’ah serta Walid bin Utbah.
Ketiga-tiganya bersenjata lengkap. Sambil berseru dengan lantang, mereka
melarikan kudanya di medan pertempuran dan mencabar lawan-lawannya untuk
bertempur.
Tiga pahlawan daripada kalangan Ansar iaitu
‘Auf, Ma’uz dan Abdullah bin Rawahah muncul dari barisan kaum muslimin. Utbah membantah
untuk bertarung dengan mereka kerana menyedari mereka berasal dari Madinah
bukan Makkah. Kemudian, Rasulullah mengarahkan untuk bertukar ketiga-tiga
pahlawan itu dengan Ubaidah, Hamzah dan Ali. Akhirnya, ketiga-tiga tentera
Islam ini berjaya membunuh ketiga-tiga kafir Quraisy setelah melalui peperangan
yang hebat.Setelah matinya para pejuang Quraisy, serangan secara besar-besaran
pun dimulakan. Orang-orang Quraisy menyerang secara berkelompok. Nabi Muhammad
s.a.w memerintahkan agar kaum muslimin supaya tidak menyerang terlebih dahulu,
sebaliknya bersedia memerhatikan gerak maju musuh dengan panah.
Dalam pertempuran ini, 14 orang sahabat
gugur sebagai syuhada, 6 daripada Muhajirin manakala 8 daripada Ansar. Dalam kalangan
Quraisy, 70 orang mati dan 70 lain ditawan. Di antara yang ditawan itu
termasuklah para tokoh mereka iaitu Nazar bin Harith, Uqbah bin Muith, Abu
Gurrah, Suhail bin ‘Amar, ‘Abbas dan Abu al-As.Para
syahid Badar dikuburkan di satu sudut medan pertempuran. Diriwayatkan bahawa
peperangan itu berakhir pada waktu tengah hari ketika kaum Quraisy melarikan
diri dan sebahagiannya ditawan. Para syuhada memperolehi ganjaran syurga
sebagaimana yang baginda riwayatkan
dalam sebuah hadith.
Menurut hukum Islam, para tawanan perang
adalah menjadi hamba kaum muslimin dan dapat dimanfaatkan menurut kemampuannya.
Namun dalam kes perang Badar, orang-orang terpelajar dinyatakan boleh bebas
apabila mereka telah berjaya mengajar membaca dan menulis kepada 10 orang anak
lelaki Islam. Yang lainnya boleh pula memperolehi kebebasan dengan membayar
tebusan yang berjumlah antara 1000 hingga 4000 dirham. Orang miskin boleh
dibebaskan tanpa membayar sebarang tebusan.
Dengan
kemenangan tentera Islam di Badr, maka kedudukan Negara Islam yang diasaskan
oleh Nabi di Madinah semakin bertambah kukuh dan mantap. Kemenangan orang Islam
di Badr menyebabkan kaum musyrikin Makkah menuntut bela pada tahun yang
berikutnya.
3) PENGAJARAN
1. Dalam semua kegiatan ketenteraan, pengumpulan maklumat merupakan
langkah pertama ke arah kemenangan. Apabila panglima tentera tidak dapat
mengetahui kekuatan musuh, maka dengan mudah mereka akan dapat dikalahkan oleh
musuh.
2. Tanda-tanda kemenangan kaum muslimin dari awal lagi mula dapat
dilihat walaupun pada jumlahnya sedikit. Kaum muslimin yang berjuang dengan
keimanan dan keteguhan serta ketabahan hati
mereka akhirnya memperolehi kemenangan dengan bantuan yang diberikan oleh
Allah. Hendaklah kita memohon pertolongan kepada-Nya dalam melakukan apa sahaja
perkara.
3. Kita sebagai pengikut perlulah memiliki sifat patuh dan taat
pada ketua kita selagi mana ia tidak bertentangan dengan syara’ sepertimana
dalam peperangan ini, para sahabat mengikut segala arahan baginda sehingga umat
Islam memperolehi kemenangan berkat kesabaran mereka.
4. Pemimpin perlu memiliki sikap
berpandangan jauh dalam melakukan sesuatu perkara sepertimana baginda yang
mengambil keputusan mewajibkan setiap tawanan
yang ingin bebas perlu mengajar sekurang-kurangnya 10 orang anak-anak Islam.
Hal ini menunjukkan pemikiran baginda untuk melahirkan umat Islam yang bijak
pandai pada masa akan datang untuk membangunkan Islam.
5. Pengajaran dari
peperangan ini juga menunjukkan bahawa kaum Quraisy tidak bersatu padu.
Ini terbukti apabila ada beberapa puak yang menarik diri sebelum perang
terjadi. Dengan ini sebagai orang Islam kita harus bersatu demi untuk
mencapai kemenangan.
4) KOMENTAR
Terdapat banyak
nilai yang dapat diambil daripada peristiwa Perang Badar untuk diplikasikan
dalam kehidupan kita pada hari ini. Antaranya kita sebagai rakyat perlulah
berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan keamanan negara kita
daripada dikuasai oleh musuh luar. Selain itu, sebagai seorang pemimpin,
perlulah memiliki sikap berpandangan jauh untuk kebaikan dan kemajuan negara
seperti mana yang ditunjukkan oleh Baginda dalam peristiwa peperangan ini.
Tambahan lagi, kita perlulah mempunyai perancangan dan strategi dalam melakukan
apa sahaja tindakan sebagai contoh taktik peperangan yang digunakan oleh
Baginda akhirnya mereka memperolehi kejayaan.
5) RUJUKAN
1. Abu Mazaya
al-Hafiz, Sejarah Lengkap Nabi dan Rasul dalam al-Quran (Kuala Lumpur:
Al-Hidayah Publication, 2008, cetakan ke-2)
2.Mahayudin
Hj. Yahaya, Eksiklopedia Sejarah Islam (Bangi: Penerbitan Adabi, 1986,
Jilid I)
3.
Safi-ur-Rahman Al-Mubarak puri, Ar-Raheeq al-Makhtum Biography of the Noble
Prophet s.a.w (Saudi Arabia Pakistan
: Maktaba Dar-us-Salam, 1996, cetakan ke-1)
4.Dr. Mustafa as-Syibaie, Sirah Nabi Muhammad s.a.w
pengajaran dan pedoman
5.الأستاذ عطية عبد
الرحيم عطيةّ، عدة المجاهدين في الكتاب والسنة (القاهرة: المجلس الأعلى
للشؤن الإسلامية،ط1، 1400 م- 1979 م)
6. الدكتور سهيد زكّار،
أربعة كتب في الجهاد من عصر الحروب الصليبية (دمشق-حلبوني: ميع الحقوق
محفوظة، 2007 )
7. لابن سعد، غزوات
الرسول اللة وسراياه (بيروت: دار بيروت، 1401ه- 1981م )
8. الدكتور مصطفى
السباعى رحمه اللة، السيرة النبوية دروس وعبر (دار التوزيع والنشر
الإسلامية )