Bismillahirrahmanirrahim,
Salam sayang ditujukan
khas buat insan-insan yang dimuliakan dalam dirinya dengan nikmat Iman dan
Islam. Alhamdulillah selaut kesyukuran buatNya memberi kekuatan buat jari
jemari ini menggerak-gerak melakar kata buat perkongsian bersama.
“Kuasai bahasa dan
budaya demi menyebarkan dakwah Islam..”
Begitulah yang selalui
kita diingatkan tatkala bertemu dengan insan-insan yang jiwanya hidup dengan
semangat untuk Islam, pasti sahaja bait-bait kata yang lahir dari bicaranya
berbaur dakwah dan tarbiah demi kelangsungan tarbiah buat Islam. Berbalik kepada
bahasa, Alhamdulillah syukur dihati ini kerana dipilih olehNya untuk
mempelajari satu bahasa asing yang asing seasingnya buat kita yakni BAHASA
KOMPUTER. Komputer juga punya bahasanya yg tersendiri bukan?? ^_^
Tempoh pengajian
penulis kira-kira 3 tahun dalam jurusan ini, mengajar penulis untuk mempelajari
satu persatu akan keindahan yang ada dalam bahasa ini; kesabaran menulis
coding, ketelitian membuat lakaran DFD, EERD dan ERD, kegembiraan menghasilkan
web dan segala rasa terkumpul menjadi satu rasa. Rasa ini mengajar penulis
sesuatu. Siapa kira bahasa yang penulis pelajari ini tidak mampu untuk
sumbangkan sesuatu buat agama?? Mana mungkin melainkan setiap sesuatu yang
telah DIA catatkan buat kita, itulah yang terbaik dan carilah hikmah di
sebaliknya.
Alhamdulillah bagi
projek akhir ini, diberi kekuatan dariNya buat penulis dan shbt2 segroup untuk
merancang menghasilkan suatu sistem yang kiranya agak ‘pelik’ pada mereka yang
pertama kali mendengarnya yakni “ Menstruation & Istidhadah System
Software” (sistem period dan istidhadah). Sistem ini memberi fokus kepada
pengiraan haid dan istidhadah mengikut kiraan Mazhab Shafie.
“Tidak namanya
sebuah pembelajaran andai tidak adanya kesusahan yang kesulitan yang perlu kita
hadapinya..”
Teriyang-iyang
pesanan Ustaz Tirmizi Taha tatkala kami bertemu dengannya untuk berdiskusi
mengenai kajian ini. Berat di hati bila mengenangkan banyak cabarannya untuk
menghasilkan sistem ini tapi bila mengenangkan ramai lagi insan-insan di luar
sana yangmasih kurangnya kefahaman mengenai ilmu fardhu ain ini, hati ini
kembali kuat…
Buat insan-insan yang
membaca entri ini, doakan penulis dan shbt2 sekumpulan ya agar sistem yang kami
hasilkan ini kelak dapat membantu insan-insan diluar sana terutama buatmu yang
bergelar muslimah. Betapa diri kita amat dimuliakan dalam Islam, maka
peliharalah kemuliaan tersebut. Jagalah, kerana melalui kita akan lahirnya
pemimpin dunia yang menegakkan agama Allah atau pengkhianat yang akan
menghancurkan agama Allah. Allahurabbi, besar tanggungjawab kita…
Buat sahabat2, dimana
sekalipun bidang lapangan ilmu kita berada, peganglah bahawa memang ia terbaik
buat kita dan belajarlah bersungguh-sungguh, sumbanglah ia utk bantu agama
DIA.. kita bukan sesiapa namun kita dimuliakan dengan Islam. Selamat berjaya dalam lapangan masing-masing. Hadiah sebuah perkongsian yang penulis ambilnya daripada laman muka buku.
✿.¸.•✿◕ SATU CITA2 DEMI CINTA ◕✿•.¸.✿
BUKAN SAJA2 ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu.. BUKAN SAJA2 ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu.. BUKAN SAJA2 ALLAH memberikan UJIAN sebegitu.. BUKAN SAJA2 ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu.. MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu.. MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu.. MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu.. MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..
Renungan buat PARA PENUNTUT ILMU BERHENTI MERUNGUT & MENGELUH, MELAINKAN BERUSAHA TERBAIK & BERSUNGGUH!
Jk kmu bkal mnjd seorg DOKTOR kelak ,mka rawatla hati insan yg kian trpesong jauh drpd Agama tercinta.
Jk kmu bakal mnjd seorg ARKITEK kelak, mka lakarla sinar Islam yg mampu mnyinari kehidupan stiap Muslim.
Jk kmu bakal mnjd seorg JURUTERA kelak, mka binala satu ukhuwah yg kukuh antara umat Islam itu.
Jk kmu bakal mnjd seorg PEGUAM kelak, mka pertahankanla Islam dimata dunia
Jk kmu bakal mnjd seorg JURUTERBANG kelak, mka pandula manusia untuk kembali ke jln yg diredhai-NYA.
Jk kmu bakal mnjd seorg POLIS kelak, mka awasila umat Islam drpd trus mmungkiri Tuhan yg Maha Pencipta.
Jk kmu bakal mnjd seorg PENSYARAH kelak, mka didikla ank bngsa untuk menjadi Muslim yg berjaya.
Jk kmu bakal mnjd seorg AKAUNTAN kelak, mka sedarkanla mnusia bhwa pahala ALLAH itu lebih mewah drpd segala-galanya
Jk kmu bakal mnjd seorg GURU kelak, mka bentukkanla acuan sempurna dlm sanubari anak didik mereka agar kelak mnjd GOLONGAN di atas….
P/s: Manusia dpt mgubah khdpnnya hnya dgn mgubah caranya brfikir. Itu sudah cukup. Trus berjuang para penuntut ilmu!! -copy&share
Daulah Islamiah
matlamat kami. TAKBIR!!
Wallahua'lam:-)