“Bagaimana
tugasnya?”,
"Sudah siapkah?",
"Sudah siapkah?",
Jawabnya
sang ketua ringkas, “belum”.
Bila dia
bertanya,
“Di mana
kita nak adakan perjumpaan?”,
“Hari
apa?”,
“Bila
masanya?”,
Jawabnya
sang ketua, “awak ni banyak pula bertanya.. penat dapat penolong macam awak!!”.
Jadinya,
Untuk
elakkan dikatakan sebegitu,
Dihantarnya
jawapan,
“Saya
cadangkan terus kita adakan di sekian dan sekian..”,
Balasnya
pula sang ketua, “awak ni pandai pula buat keputusan, siapa yang ketua sekarang
ni??, awak suka memerintah!, marah sang ketua.
Bila dia
bertanya,
Sesuatu
yang amat penting,
Dan memerlukan
respon segera,
Jawabnya
sang ketua, “no reply”,
Menunggu
dan terus menunggu,
Akhirnya dibalasnya jua mesej tersebut,
Pada hari
ke-3 dan ke-4,
Tanpa
menuturkan kata “maaf”.
Bila
dia bertanya lagi,
“Penting
sangatkah hingga perlu awak call saya?”,
“Tak
bolehkah jika sekadar bermesej?”,
Jawabnya
sang ketua, “awak ni jumud la..”.
Hebat
sangatkah bergelar ketua?
Kalian
juga manusia,
Penolong
kalian juga manusia,
Yang mana
lumrahnya punya hati dan rasa,
Lumrah
adat dunia,
Adamlah
bergelar sang ketua,
…………………………………….
Fahamilah wahai ketua,
Bilamana penolongmu bertanya
kepastian bagi sesuatu tugasan,
Bukan bermakna dia berkuasa,
Bukan bermakna dia hebat,
Dia hadir hanya sebagai pengingat,
Akan sebuah amanah yang belum
dibuat,
Hormatnya pada kalian tetap yang
terhebat,
Salahkah??
Terimalah dia sebagai seorang yang
mengambil berat,
Akan keadaanmu dan kondisimu yang dikatakan 'hebat'.
Fahamilah wahai ketua,
Bilamana dia banyak bertanya,
Bukan bermakna dia tidak pandai
membuat keputusan,
Jauh sekali cetek pemikiran,
Namun,
Atas dasar hormatinya dia akan dirimu,
Sebagai pemimpin,
Dia menerima keputusanmu sebagai
yang terbaik,
Walau mungkin cadangan darinya juga tidak kurangnya turut yang terhebat.
Bilamana penolongmu menanyakan sesuatu,
berkenaan dengan gerak kerja,
Tolonglah olehmu wahai ketua,
Balasnya ia dalam kadar yang segera,
Bukan bermakna engkau prihatin terhadapnya,
Jauh sekali kerana engkau menyukainya,
Tapi bantulah untuk memudahkan urusannya,
Lakukanlah sebagai anggapan ia juga sebahagian daripada AMANAH mu,
Sebagai pembantu kepada penolongmu,
Usah biarkan penolongmu bersikap su'u dzon terhadapmu,
Kelak engkau yang menempah dosa dek kerana sikapmu yang menjadikannya begitu,
Belajarlah engkau menghargai orang lain..
Belajar engkau tidak mementingkan dirimu sendiri..
Kelak dirimu akan dipandang tinggi..
Fahamilah wahai ketua,
Bukan bermakna dia membencimu,
Andai deringan 'call' darimu tidak dijawabnya,
Khuatir di hatinya andai fitnah akan berlaku,
Fitnah darinya sebagai wanita,
Pasti akan wujud juga walau se'profesional' mana sekalipun bergerak kerja,
Kerana syaitan itu licik tindakannya..
"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..."
(surah at-Taubah :71)
Perkongsian hati daripada semua insan yang pernah memegang amanah sebagai seorang penolong yang penulis pernah mendengar luahan hati mereka.. semuanya hampir sama sahaja. Benar, bukan semua ketua bersikap sedemikian. Tahniah buat kalian yang menjadi ketua yang bertimbang rasa dan menghormati pembantu kalian. Allah pasti membalasnya kebaikan yang telah kalian lakukan.
Buat yang pernah melakukan sedemikian kepada penolong kalian, mohonlah kemaafan darinya. Benar, wanita itu amat mudah memaafkan namun segala yang berlaku, fitrahnya wanita ia akan mengingatinya. Kita semua melakukan kekhilafan sebagai bukti kita hamba-Nya. Melakukan kesalahan itu adalah perkara biasa, namun mengulangi kesalahan kali kedua adalah bukan caranya. Dalam bekerjasama, belajarlah sikap MEMBERI BUKAN MENERIMA. Selagi kita mampu memberi, berikanlah. Buangkanlah ego dalam diri agar kelak kita akan dihormati.
Selamat berbahagia dalam melaksanakan amanah kita. Salam semarakkan amal kepada-Nya. Moga DIA nilai setiap amalan kita dengan bersama redha-Nya. Ameen.
Wallahua'lam.