Bismillahirrahmanirrahim..
“pak cik,
rokok sekotak”, kata azman kepada Pak Ahmad ketika di kedai runcitnya.
“aku x tahu
la nak cakap apa dah dengan kau ni man. Kau tu baru 19 tahun, bawah umur lagi.
Cubalah jangan merokok sebab kau pun tahu ia membahayakan kesihatan. Pak cik
bukan tak nak jual kat kau man tapi melalui inilah satu-satunya rezeki dapat
pak cik perolehi untuk bagi anak bini pak cik makan”, bebel Pak Ahmad kepada
Azman. Sememangnya satu kampung telah sedia maklum dengan anak muda Azman yang
amat dikenali dengan sikap malasnya untuk belajar dan asyik melepak sahaja.
“pak cik
nie cakap banyak la, jual je la. Lagipun, saya sakit nanti bukannya mintak pak
cik yang bayarkan kos hospital pun”, balas azman yang tidak tahan mendengar
bebelan pak Ahmad.
------------------------------------------------------
“Azman,Azman,
bila la kau nak datang ke sekolah semula ha?”, soal Norman kepada Azman.
“kau tahu
kan STPM dah nak dekat. Cubalah kau fokus sikit. Lagipun, kalau result kau ok dapatlah
kau masuk u nanti man”, nasihat rakannya kepada Azman. Benarlah, betapa sahabat
itu pencorak siapa kita kelak kerana sahabat itu cermin buat diri kita.
Renunglah siapa sahabat kita selama ini, adakah dia membawa kita kembali
kepadaNya atau sebaliknya…
“yela,yela
nanti aku datang la sekolah”, balas azman.
Tit…tit..
(satu mesej diterima)
“maaf
ganggu azman, ni sy Humaira, sahabat awak. Sy cuma nak mintak awak datanglah
semula ke sekolah. Apa salahnya awak belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga
awak berjaya, mesti semua orang akan berbangga dengan awak azman. Percayalah…
wassalam.
“pelik…”
“kenape
pulak humaira nie tiba2 ja hantar mesej kat aku? Nasihat pulak tu.. setahu aku
la kn, dia nie bukannya suka mesej pn dengan lelaki terutama orang mcm aku
nie..”, ngomel azman yg pelik dengan mesej yang baru diterimanya.
Humaira,
seorang calon pelajar STPM yg juga turut sekelas dengan Azman. Beliau juga
seorang pelajar biasa yang dalam berusaha memperbaiki dirinya. Walaupun dalam
jurusan bukan agama, ia tidak mematahkan semangat Humaira untuk mendalami ilmu
agama kerana tekadnya dalam hati “Bukan pelajar jurusan agama sahaja layak
masuk Syurga..”!!
“eh, kau
tahu x semalam humaira mesej aku. Dia bagi kata2 semangat kat aku suruh datang
sekolah bro..”, bagitahu azman kepada rakannya semasa rehat di kantin sekolah.
“wah,wah,
beruntung kau man. Ntah2 humaira tu jatuh hati dengan kau agaknya man…”,
respon hamdan setelah mendengar cerita azman.
Tatkala
itu, berbunga hati azman bilamana dia merasakan humaira sudah jatuh hati
padanya. Jujurnya, beliau sendiri sebelum ini selalu mendengar cerita mengenai humaira. Walaupun hanya bertudung biasa, tapi dia punya keindahan akhlak yang baik yang membuatkan ramai orang
disekelilingnya menyukai beliau.
“beruntung
aku kalau dapat humaira”, monolong azman dalam hatinya. Tekadnya kini, dia
akan belajar bersungguh-sungguh seperti yang diinginkan humaira agar kelak dia
dapat buktikan kepada humaira yang beliau juga boleh berjaya.
Tit..tit..(satu
mesej diterima)
Riang hati
azman tatkala itu bilamana humaira yang menghantar mesej tersebut.
“salam
azman, ada ceramah agama di surau. Yuk la pegi..”
Bergegas
azman menyiapkan dirinya untuk ke Surau Ar-Rahmah yang terletak berhampiran
rumahnya. Belum pernah lagi beliau menjejakkan kakinya ke surau itu sebelum ini.
Namun, hanya kerana ajakan dari humaira, mudah sahaja kakinya melangkah pergi
ke surau tersebut…
----------------------------------
Setelah 5
bulan berlalu..
“man, aku
tegok kau nie dah lain la sejak beberapa bulan nie kau berkawan dengan humaira. Aku tengok kau ni dah jadi ahli masjid nampaknya dan dah tak melepak
lagi dengan kiteorang..”, tegur hamdan, teman rapat azman. Beliau dan
rakan-rakannya yang lain merasai perubahan besar yang berlaku dalam diri azman.
“apa yang berubahnya
hamdan?? Aku biasa je macam azman yang dulu cuma sekarang nie sejak aku
berkawan dengan humaira, dia banyak ajar aku untuk kembali kepada apa yang
sepatutnya aku ingin capai dalam hidup nie. Jujurnya, aku rasa tenang bila pegi
masjid dan tak lagi dengan cara aku merokok. Lagipun, humaira ada bagitahu aku
yg merokok tu tak baik untuk kesihatan dan dia pun tak suka orang yang
merokok…”, balas azman bersahaja.
“nampaknya
kau nie memang dah betul2 macam kena bomoh dengan cinta humaira nampaknya ya
man. Hati-hati man takut2 suatu hari nanti humaira tinggalkan kau. Aku bukan
apa, aku cuma takut kau berubah hanya sebab humaira ja man..”, nasihat norman
pula kepada sahabatnya.
“insyaAllah
jangan risau la, agaknya mungkin humaira yang akan sedih kalau aku
tinggalkannya kelak”, balas azman yang tidak mengerti apa yang dia cuba untuk
sampaikan.
Benarlah
kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan.. berhati-hatilah dalam berkata
sesuatu kerana lidah itu sememangnya lebih tajam daripada mata pedang.
-----------------------------------
Setelah
keputusan STPM diumumkan…
Tit..tit..(satu
mesej diterima)
“salam
azman, tahniah ya dapat 4.00 flat. Sy bangga dengan awak”. Gembira azman atas ucapan yg
diberikan oleh humaira kepadanya..
“awak
nak sambung ke mana selepas ini humaira?? Yuk kita belajar di u yang sama nak??”, balas azman.
“maaf
azman, sy dah x belajar lagi selepas ini di Malaysia. Alhamdulillah jodoh sy
dah sampai. Sy akan berkahwin bulan depan dengan pilihan umi sy dan setelah itu
sy akan ikut suami sy belajar di Yaman. Jemput lah datang nanti ya kenduri
sy..^_^”,
Terduduk
azman tatkala membaca mesej yang dihantar humaira. “jadinya, selama ini dia
tak pernah langsung la ya sukakan aku??” “kenapa dia baik sangat pada aku
sebelum ini??”, pelbagai persoalan yang menari-nari di benaknya tatkala itu.
Hilang seluruh semangat dalam hidupnya setelah mengetahui berita mengenai
perkahwinan humaira itu.
“azman,
tempoh hari masa kenduri walimah humaira, dia ada mintak aku bagi surat ini
kepada kau. Kau bacalah ya..”, pinta hamdan kepada azman. Sayu hatinya melihat
kesedihan yg dialami oleh sahabatnya itu.
Assalamualaikum,
Buat sahabatku Azman. Ketika dan saat ini, mungkin
sy sudah pun selamat berlepas ke bumi Yaman. Sy yakin dan percaya, pastinya
awak tertanya-tanya kenapa sy berbuat baik pada awak selama ini bukan?? Mesti
awak beranggapan sy sukakan awak?? Benar bukan?? Sebenarnya azman, jujur sy
katakan yg sy sygkan awak sebagai saudara semuslim. Sy pernah mendengar ceramah
daripada seorang ustaz bahawa katanya “Hidayah itu milik Allah. Dan ia
datang dalam bentuk apa sekalipun tanpa kita duga.. dan beruntunglah seseorang
itu yang berjaya menarik saudaranya kembali kepangkuan syariat yang Islam ajar…” salahkah sy
ingin mengajak awak kembali kepada ajaran Islam?? Tatlala melihat awak, sy
yakin dalam diri sy yg awak boleh berubah menjadi seseorang yg lebih baik.. Sy
sedar sy juga masih belajar dan sy cuma ingin awak berubah dan merasai
bagaimana indahnya hidayah kurniaanNya itu buat kita.. berubahlah azman dan
ajaklah sahabat2 awak untuk turut sama berubah. Sy tahu awak ada keistimewaan
dalam diri.. sy mohon maaf atas segalanya.. wassalam..-)
“Dan aku
beroleh hidayahNya melaluimu sebagai
wasilahnya humaira….”, menitis air mata azman ketika itu. Barulah beliau sedar akan silapnya
beliau dalam menilai keikhlasan humaira untuk membimbingnya ke arah kebaikan.
Beliau merasakan humaira menyukainya namun sebaliknya humaira benar-benar
ikhlas membantunya untuk berubah..terima kasih ya Allah hadirkan beliau dalam
hidupku walaupun hanya seketika cuma..”,munajat azman didalam hatinya.
TAMAT..
-----------------------------------------
Dari
penulis, cerita ini
hanyalah sebuah cerita yg mungkin kadangkala ia sedikit sebanyak ada juga
berlaku dalam hidup kita. Penulis mohon beribu kemaafan buat semua pembaca yang
penulis kasihi kerana bahasa2 yang digunakan dalam penulisan kali ini agak
kasar mengikut keadaan semasa demi menyedapkan sebuah jalan cerita. Janganlah
diamalkannya dalam kehidupan seharian kalian ya ^_^.
Buat para
hati yang sedang membaca entri kali ini, bersyukurlah dengan hidayah yg telah
Allah kurniakan dalam diri kita dan ahli keluarga kita. Kita bukan sesiapa tapi
kita mulia kerana Islam yg ada dalam diri kita. Jadilah kita islam yang bukan
diwarisi namun benar2 difahami akan maksud Islam itu sendiri iaitu salamat dan
sejahtera.
Buat mereka yg ingin berubah dan masih
mencari-cari cahaya itu, carilah selagi mampu. Indah bilamana kita letakkan Allah dalam hati kita.
Ingatlah, bilamana kita berubah kerana seseorang, perubahan itu tidak akan
kekal panjang namun bilamana kita berubah keranaNya, insyaAllah kita akan
istiqamah walau besar sekalipun ujian yang mendatang kerana ujian2 tersebut
hanyalah sebuah ujian yg didatangkan olehNya untuk meningkatkan lagi tahap iman
kita kepadaNya.. baik bukan Allah kepada kita ^^?? Kita tak perlukan lagi cinta manusia dan kita
tak akan lagi kecewa bilamana dikecewakan dengan cinta manusia. Ingatlah, surah
ar-ra’du ayat 28 mafhumnya “ hanya dengan mengingati Allah, jiwa kita akan
tenang…”
Akhir kalam, marilah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar memberi taufiq dalam
amalan kita serta menganugerahkan keikhlasan dalam mengerjakannya. Di samping
itu kita sentiasa beramal dan istiqamah dalam
hidup...
“Katakanlah
wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha, nescaya Allah Subhanahu
Wata’ala,
RasulNya dan orang-orang beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian
akan
dikembalikan ke alam ghaib dan syahadah lalu Allah Subhahahu Wata’ala
menjelaskan
kepada kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan.”
(Surah
Al-Taubah: Ayat 105)
“Paksalah diri melakukan sesuatu kebaikan itu..
insyaAllah keikhlasan itu akan datang sedikit demi sedikit tanpa kita sedari
hingga satu saat kita akan merasakan setiap apa yang kita lakukan itu, hanyalah
semata-mata untuk mendapatkan redhaNya sahaja tanpa balasan apa-apa…tatkala
itulah kemanisan iman dapat kita rasai…”
Wallahua’lam…;-)