“kenape la susah
sangat aku nak tidur ni..”, keluh Arman.
Tidak lena
dibuatnya tidur Arman tatkala terbayang-bayang wajah Armina, sepupunya yang
ditemuinya pagi tadi setelah 5 tahun mereka berpisah membawa diri dalam medan menuntut
ilmu.
Armina, gadis yang
menjadi pujaannya sejak mereka kecil lagi. Namun, beliau akui malu untuk
menyatakan hasratnya itu. Mereka terpisah setelah berumur 13 tahun.
Masing-masing dihantar oleh kedua ibubapa mereka ke sekolah agama demi melihat
roh jihad terus mekar mengalir dalam diri anak-anak mereka.
“SubhanAllah,
hebatnya dia menjaga penampilan dirinya…”, teruja Arman tatkala terpandang
wajah Armina, temannya sejak kecil. Armina yang dikenalinya suatu ketika dahulu
seorang yang periang dan ‘ranggi’ dalam penampilannya, sudah teramat jauh
berbeza dengan yang dilihatnya tatkala ini. Kini, tudung yang tidak menampakkan
bentuk badannya dan berbaju longgar mula
menjadi pelindung dirinya tatkala beliau keluar dari rumah.
“Arman, kenapa
sampai tak berkelip akak tengok kamu pandang Armina tu..”, usik Kak Basyirah,
kakaknya Arman. Merah wajah Arman tatkala itu dek kerana malu disakat oleh
kakaknya.
“Alhamdulillah,
bangga diriku mempunyai sepupu sepertimu wahai Muhammad Arman...”, getus hati
kecil Armina tatkala tanpa sengaja beliau terpandang Arman yang segak
berpakaian umpama seorang ustaz. Hatinya bahagia bilamana percaya Arman mampu
menjadi seorang pemuda Islam yang akan menggoncangkan pemerintahan kufar pada
masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki dalam dirinya.
SETELAH 3 MINGGU
BERLALU…
“Ya Allah, rindu
aku pada dia..”, keluh hati Arman yang tidak dapat melupakan wajah insan yang
telah mencuri hatinya itu.
“Lebih baik aku
cuba dapatkan nombor telefon Armina daripada kakak aku. Tentu kak Basyirah ada
nombor telefon Armina..”, getus hati jahat Arman. Segala ilmu agama yang
dipelajarinya tatkala beliau di sekolah agama dahulu umpama sia-sia belaka
bilamana syaitan mula merajai hatinya.
Akhirnya, Arman
berjaya mendapatkan nombor telefon Armina tanpa pengetahuan dari kakaknya
tatkala beliau secara sembunyi memasuki bilik akaknya yang tidak berpenghuni
itu.
“tit..tit...”,
satu mesej diterima.
Armina bergegas
mendapatkan telefon bimbitnya setelah mendengar bunyi satu mesej telah
diterimanya. Bimbing hatinya sekiranya lambat meng ‘reply’ mesej
sahabat-sahabatnya kerana pada beliau, merekalah jantung hatinya dalam mesej
untuk menyebarkan dakwah Islam. Ukhwah dalam diri Armina, amatlah penting
kerana beliau yakin dengan hadis Baginda yang mafhumnya “antara mereka yang
akan memasuki syurga-Nya kelak; antara salah satunya ialah mereka yang berkasih
sayang kerana-Nya..”
“Salam ya ukhti
Armina,
Sudah lama kita
tidak bertemu.. moga2 anti sentiasa baik2. Kaifa halaki??
[Arman]
“Ya Allah…”,
terduduk Armina tatkala terbaca mesej yang baru diperolehinya itu. Terkejut
dirinya tatkala insan yang teramat dikaguminya kerana penampilan agama dan ilmu
agama yang dimiliki pada dirinya menghantar mesej sedemikian.
Armina cuba
bersangka baik, mungkin Arman tiada maksud untuk berbuat sedemikian. Mungkin
kerana merasakan mereka umpama adik-beradik, kerana itulah dia bertindak
begitu. Akhirnya Armina membalasnya demi sebuah pertalian ‘adik-beradik’ yang
dianggapnya.
Hari demi hari,
sudah menjadi kebiasaan yang wajib bagi Arman untuk menghantar mesej kepada
Armina bertanyakan hal-hal yang kurang penting. Beliau merasakan beliau telah
berjaya menakluki hati insan yang suci itu.
Tetapi, tidak
bagi Armina. Hatinya semakin resah bilamana hal ini berlaku…
“Bukan ini yang
aku inginkan…Kenapa dia sudah berubah..??, Ya Allah, salah akukah dia menjadi
begini..?? Dimana pegangan agamanya selama ini…?? ”, hatinya merintih tatkala
melihat Arman semakin berani untuk terus menghantar mesej kepadanya bertanyakan
soal peribadi.
“serulah manusia kepada jalan tuhan-Mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk…”(Surah an-Nahl ayat 125)
Air matanya jatuh
berguguran tatkala membaca tafsir kalam-nya yang indah itu…
“Ya Allah,
berilah aku kekuatan untuk melihat dia menjadi semula pemuda harapan Agama-Mu…
biarlah diriku menjadi peniup roh jihad dalam diri setiap pemuda hari ini agar
mereka sedar, merekalah bakal-bakal bergelar pemuda yang akan memperjuangkan
agama Islam…itulah sumbangan yang mampu ku berikan sebelum menghadapnya aku
kepada-Mu wahai pemilik hatiku…”, munajat Armina dalam sujud malamnya setiap
hari. Itulah suara hati seorang muslimah yang merasakan dirinya berdosa kerana
menyebabkan hati seorang pemuda harapan agama telah dicuri daripada kecintaan
kepada agama disebabkan oleh dia.
“Salam Armina,
ana bakal menduduki imtihan minggu ini.. tolong doakan ana dan jangan lupa bagi
hadiah ya sekiranya ana perolehi Mumtaz..”
[Arman]
“wassalam Arman, biltaufik wal najah. Moga dapat
buat yang terbaik.. moga kecemerlangan anta dapat menggemilangkan Islam
kelak..”,
balas Armina yang sentiasa berusaha meniupkan roh pemuda Islam dalam diri sepupunya itu.
balas Armina yang sentiasa berusaha meniupkan roh pemuda Islam dalam diri sepupunya itu.
“Salam, mabruk alaik
atas kejayaan Mumtaz yang nta perolehi dalam imtihan lepas. Ayah nta yang menghubungi
keluarga ana semalam dan ana percaya nta pasti akan menuntut hadiah yang nta
minta daripada ana. Buat sepupu yang ana hormati, Alhamdulillah selesai sudah
tugas ana sebagai sahabat dan sepupu yang sentiasa meniupkan semangat hingga
anta berjaya tatkala ini.. ana mohon maaf, sampai disini sahaja kita bermesej..
hijrahlah nta kelak ke bumi Anbia’ dengan sebuah keazaman untuk menjadi pemuda
harapan agama-Nya bilamana nta pulang suatu hari nanti... percayalah, ana
bukanlah tempat untuk nta meluahkan masalah sampai bila-bila kerana kita
masing-masing akan punya kehidupan sendiri. Carilah identiti jati diri dalam
dirimu semula. Ya, kita sepupu tapi bukan bermakna kita bebas dalam melakukan
apa sahaja kerana kita masih bukan muhrim. Mungkin nta telah ketahui yang
hasrat kedua ibu dan ayah kita untuk mempersatukan kita bukan?? Dan jawapan
mewakili diri ana, yang cinta ana sudah pun dimiliki… anggaplah ini hadiah buat
kejayaan nta itu..harapan ana, jadilah nta pemuda harapan Islam… sekian..”
Menitis air mata
lelaki Arman tatkala itu.. hancur hatinya bagai disiat-siat oleh pisau yang
berjenama Armina. Mesej yang baru dikirim olehnya meruntuhkan sebuah harapan
mahligai masjid yang sedang Arman bayangkan bersama Armina. Kini, sedarlah dia
bahawa sehebat manapun ilmu yang dimilikinya, dia tidak mampu untuk memiliki
cinta manusia selagi DIA tidak mengizinkannya. Sedarlah dia betapa lalainya dia
dalam mengejar cinta seorang manusia tanpa disedarinya dia telah lupa sang
penciptanya.
“berangkatlah
kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan
harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu
jika kamu mengetahui…( Surah at-Taubah ayat 41)
Hari yang
dinantikan telah tiba…
Terbanglah Arman
ke Bumi Anbia’ demi meneruskan perjuangannya dalam jihad menuntut ilmu.
Tekadnya kini hanya satu untuk berjuang dalam jihad ilmu demi bergelar pemuda
harapan Islam yang berilmu pengetahuan didada. Tinggallah harapan dalam dirinya
buat insan solehah bernama Armina. Yakin dihatinya sekiranya ada jodoh antara
mereka, pasti mereka akan dipertemukan suatu hari nanti.
3 TAHUN BERLALU…
Tibalah saat
Arman pulang ke Bumi Malaysia yang ditinggalkannya hampir 3 dekad yang lalu.
Pulangnya ia dengan segunung harapan untuk membantu ummah dibumi kelahirannya
agar lahirnya masyarakat yang cintakan ilmu dan jihad untuk agama-Nya. Tekad
Arman didalam hatinya.
“Armina, akhirnya
ku pulang jua untuk bergelar pemuda harapan Islam seperti yang dikau harapkan…
moga kehadiranku ini kelak diterima olehmu wahai srikandi Islamku..”, bisik
hati kecil Arman tatkala itu. Kasihnya sejak kecil buat insan bernama Armina
tidak pernah luntur walaupun Armina menyatakan cintanya telah dimiliki. Beliau
belajar erti tawakkal kepada-Nya tatkala itu seandainya telah tercatat di Luh
Mahfuz dia buatnya, pasti mereka akan disatukan.
Setelah beliau
tiba di Lapangan Besar Kuala Lumpur (KLIA)…
“Dimana yang
lain..??”, hatinya bertanya tatkala hanya kelihatan ayahnya keseorangan sahaja yang sedang menanti kepulangannya
dengan wajah yang seumpama dipaksa senyum.
“Alhamdulillah
pulang juga engkau ya nak… yuk kita pergi ke hospital sekarang…semuanya ada di
sana”, balas ayahnya seumpama memahami apa yang sedang menari-nari difikiran
anak terunanya tatkala itu.
Tatkala tibanya
Arman dihospital, wajah suram kelihatan disetiap insan-insan yang dipandangnya.
“Ya Allah,
ARMINA!!”, jerit Arman tatkala pandangannya terarah pada satu jasad yang
terbujur kaku di atas katil tatkala itu.
“Apa sudah jadi
pada insan yang teramat ku rindui ini.. ??,” soal hatinya…
semenjak 3 tahun yang lalu dia berusaha
melawan kehendak nafsunya untuk bermesej dengan Armina kerana hormatnya ia pada
kehendak dan prinsip Armina tatkala itu. Tetapi sebaliknya yang berlaku beliau
tidak lagi dapat bermesej dengan insan yang teramat dirinduinya itu.
“Arman, Armina menderita
seorang diri menghidap penyakit leukemia sejak 3 tahun yang lalu tanpa
pengetahuan kita semua.. tadi, masa mina menunggu untuk menyambut kepulanganmu
di KLIA, dia jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Kami segera bawanya ke hospital
tapi kata doktor yang mina sudah tidak dapat diselamatkan kerana penyakitnya
sudah berada ditahap yang kronik…”, jelas Pak Engku, ayah Armina dengan setabah
mungkin agar kesedihannya kehilangan anak yang tersayang tidak diketahui oleh
semua.
“Ya Allah,
akhirnya pergi jua srikandi Islam pejuang untuk agama-Mu ini ya Rabbiku..
baruku tahu ya Armina, rupanya dirimu menyatakan bahawa cintamu sudah dimiliki untuk
cinta hanya kepada jihad dijalan-Nya dan cinta buat-Nya sahaja hinggalah engkau
menghembuskan nafasmu yang terakhir duhai Armina… dimana lagi harus ku temui
insan sepertimu yang tidak pernah penat meniupkan semangat jihad dalam diriku
agar aku sedar bahawa diriku punya amanah dalam agama ini… perginya dirimu
umpama hilangnya mutiara srikandi agama
di abad ini Armina…”, rintih hati kecil Arman yang amat sedih atas
pemergian Armina.
“Aku redha akan
pemergianmu Armina… pemergianmu itu membakar semangat jihad dalam diriku agar
aku jua turut menjadi sepertimu yang hingga ke akhir hayatmu terus berjuang
untuk agama-Nya… TAKBIR!!..”, lahir kata-kata semangat dari pemuda harapan
Islam ini agar beliau juga dapat menjadi seperti para sahabat yang terdahulu
yang hatinya terikat untuk jihad hanya dijalan-Nya…
AKULAH PEMUDA
HARAPAN ISLAM HARI INI…!!
…………………………….
Buat semua para
mujahid, gunakanlah
kudratmu untuk Islam… manfaatkanlah setiap ruang waktumu untuk memikirkan apa
yang boleh disumbangkan untuk bantu Islam… sememangnya berkata-kata itu lebih
mudah daripada melakukannya… semoga kita semua terus kuat dalam menjadi mata
rantai perjuangan umat terdahulu…
Dalam diari seorang pejuang Islam..
tiada MASALAH yang merumitkan,
tiada UJIAN yang melemahkan,
tiada jua DUGAAN yang menyusahkan,
Bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih Thabat di jalan
PERJUANGAN..
mereka tepu dengan dugaan,
cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi,
lambang kekerdilan kudrat hamba,
berdepan dengan BELAIAN Pencipta yang Maha Esa sebagai tanda ingatanNya,
terus tersenyum wahai mujahid dan mujahidah kesayangan Allah,
ingatlah kamu mulia jika kamu beriltizam dengan Islam...
Syahadah,
30 Mei 2012
8.10 pm.