Sunday 5 June 2016

“Kerana ayahku juga sepertinya…”


Gambar Hiasan

Hujung minggu kembali lagi.

Semestinya menjadi seorang wanita adalah menjadi suatu kenikmatan apabila berpeluang keluar bersama sahabat-sahabat rapat yang menjadi kesayangan hati…

“Mira nak beli jubah esok sebabnya banyak dah jubah-jubah mira singkat”, ujar Mira akan hasrat hatinya..

“Ye2 samela kite pun nak beli ye sebabnya jubah kite dah tak muat la..”, ngomel Sara sambil memicit pipinya yang sememangnya sudah kelihatan seperti belon sahaja.

Suasana sunyi di rumah sewa mereka pecah dengan gelak tawa ahli rumahnya yang lucu dengan sikap keanak-anakan Sara yang sering mengomel keadan fizikal dirinya.

“Kalau macam tu esok pastikan siap jam 10 pagi kita gerak ke Pasar Payang ya sebabnya banyak jubah area sana,” Ujar Halimah yang sejak dahulu seperti seorang kakak dalam persahabatan mereka.

“Bereh !!”, Sahut Sara dan Mira serentak. Walaupun mereka bertiga datang daripada negeri yang berlainan, namun persahabatan yang terjalin tatkala di universiti di Terengganu ini tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka berukhwah.

Keesokan harinya ketika di Pasar Payang.

“Mira, Halimah jom kita beli dengan pak cik ni sebabnya pak cik ni baik sangat suka bagi murah…”, ajak Sara. Mereka pun bergegas ke arah kedai pakcik yang dimaksudkan oleh Sara.

“Pak cik kami nak beli dua pasang jubah ni, berapa semua pak cik?”, Tanya Sara.

Benar pakaian yang dijual oleh pak cik ini sememangnya sangat bermutu tinggi jenis kainnya dan sangat berpuas hati serta harganya juga sesuai dengan kualiti kainnya.

“Semua sekali RM180 nak ya,” Jawab pak cik dengan senyuman yag terukir diwajahnya.

Wajah pak cik tersebut sememangnya menunjukkan usianya yang hampir 50 an. “Pastinya pak cik ini bekerja keras mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya..”, monolog Halimah didalam hatinya.

“Ala pakcik bagi la RM140 je kami ni pelajar lagi,” ngomel Sara untuk memujuk pakcik memberi murah.

Wajah pakcik tersebut mulai berubah namun beliau cuba untuk kelihatan tenang. Halimah menyedari perubahan diwajah pakcik tersebut.  Dan sememangnya dia juga memahami keadaan pakcik itu.

“Kesian kat pak cik nak hari ni pak cik belum dapat rezeki apa-apa lagi untuk bagi kepada keluarga pak cik..”, pujuk pak cik tersebut mengharapkan pengertian.

“Awak bayar je la RM180, lagipun bukannya mahal sangat la Sara”, nasihat Halimah.

“Ala awak ni kenapa Halimah nak sangat sokong pak cik ni lagipun mana tahu sebenarnya pak cik ni untung banyak je tapi dia sengaja berpura-pura menagih simpati dengan kita..”, hujah Mira yang menyokong Sara.

“Kerana ayahku juga sepertinya..”, perlahan Halimah menjawab pertanyaan Mira itu.

Ayahku juga seorang peniaga seperti pak cik ini dan aku menyaksikan setiap hari sebelum subuh ayahku telah keluar ke Pulau Pinang kerana jaraknya dengan rumahku memakan masa 2 jam. Ayahku ke sana semata-mata untuk mencari barang-barang perniagaan perabot terpakai untuk dijual. Kemalangan jalan raya, luka dan bengkak di kaki serta pulang hingga ke lewat malam adalah perkara biasa yang ku lihat setiap hari. Pun begitu ramai pelanggan meminta harga yang sangat murah melebihi harga modal tanpa mengetahui kepenatan yang ayahku alami. Sedangkan apa salahnya kita membayar sahaja apa yang harga ditetapkan oleh setiap peniaga kerana itu rezeki mereka.. Sayu Halimah menutur kata sambil air matanya mula mengalir.

Terkelu lidah Sara dan Mira tatkala mendengar setiap apa yang dituturkan oleh Halimah. Mereka tidak pernah tahu tentang kesusahkan sahabat mereka itu kerana mereka berdua lahir dalam keluarga yang serba lengkap dan Halimah juga tidak pernah berkongsi kesusahkan dengan mereka.

“Kami minta maaf Halimah..”, Serba salah mereka berdua kepada sahabat baik mereka itu.

Halimah tersenyum kembali memandang mereka.

“Eh kalian tiada salah dengan saya ya, setiap yang berlaku ni Allah nak datangkan sesuatu hikmah sebenarnya.. hargailah sesiapun dalam hidup kita walau bagaimana sekalipun darjat mereka..dah-dah pergilah bayar kepada pak cik tu ya..”, Nasihat Halimah tenang memujuk sahabat-sahabatnya.

“Pak cik ni kami beli dengan harga RM180 ya pak cik tak perlu kurangkan harga dah..,” Ujar Sara kepada pak cik tersebut.

“Alhamdulillah terima kasih nak ya pak cik jual ya”, balas pak cik tersebut tersenyum kembali.

Mereka pun pulang setelah itu dengan membawa 1001 hikmah buat masing-masing.

----------------------------------------------------------------------------------------

Beginilah kehidupan yang sering kita saksikan dalam sehari-hari. Kita mudah sahaja ingin meminta turunnya harga apabila berjual beli dengan para peniaga yang pada anggapan kita mereka berkemampuan namun tidak pula ketika mendapatkan perkhidmatan di hospital dan sebagainya. Sedangkan pekerjaan itu sama sahaja di sisi Islam dan tiada beza dari segi darjat dan kemuliaan. 

Islam juga hadir menyariatkan zakat kerana ingin membersihkan apa yang bukan menjadi hak kita. Begitulah indahnya penyariatan hukum Islam. Dalam konsep rezeki, hakikatnya setiap yang menjadi milik kita bukanlah apa yang sedang kita miliki tetapi adalah apa yang kita infakkan kerana itulah saham di akhirat kita kelak. Oeh itu, ayuh kita memberi dan terus memberi terutama dibulan yang mulia ini kerana persinggahan kita di dunia ini hanyalah sementara sahaja sebelum kita punya kehidupan di negeri akhirat yang kekal abadi. Sebarkan kasih sayang. 

RAMADHAN KAREEM :-)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^