Tuesday 7 May 2013

Monolog Hati Seorang Penolong



Bila dia bertanya,
“Bagaimana tugasnya?”,
"Sudah siapkah?",
Jawabnya sang ketua ringkas, “belum”.

Bila dia bertanya,
“Di mana kita nak adakan perjumpaan?”,
“Hari apa?”,
“Bila masanya?”,
Jawabnya sang ketua, “awak ni banyak pula bertanya.. penat dapat penolong macam awak!!”.

Jadinya,
Untuk elakkan dikatakan sebegitu,
Dihantarnya jawapan,
“Saya cadangkan terus kita adakan di sekian dan sekian..”,
Balasnya pula sang ketua, “awak ni pandai pula buat keputusan, siapa yang ketua sekarang ni??, awak suka memerintah!, marah sang ketua.

Bila dia bertanya,
Sesuatu yang amat penting,
Dan memerlukan respon segera,
Jawabnya sang ketua, “no reply”,
Menunggu dan terus menunggu,
Akhirnya dibalasnya jua mesej tersebut,
Pada hari ke-3 dan ke-4,
Tanpa menuturkan kata “maaf”.

Bila dia bertanya lagi,
“Penting sangatkah hingga perlu awak call saya?”,
“Tak bolehkah jika sekadar bermesej?”,
Jawabnya sang ketua, “awak ni jumud la..”.

Hebat sangatkah bergelar ketua?
Kalian juga manusia,
Penolong kalian juga manusia,
Yang mana lumrahnya punya hati dan rasa,
Lumrah adat dunia,
Adamlah bergelar sang ketua,
Dan Hawalah bergelar sang penolong…




…………………………………….

Fahamilah wahai ketua,
Bilamana penolongmu bertanya kepastian bagi sesuatu tugasan,
Bukan bermakna dia berkuasa,
Bukan bermakna dia hebat,
Dia hadir hanya sebagai pengingat,
Akan sebuah amanah yang belum dibuat,
Hormatnya pada kalian tetap yang terhebat,
Salahkah??
Terimalah dia sebagai seorang yang mengambil berat,
Akan keadaanmu dan kondisimu yang dikatakan 'hebat'.

Fahamilah wahai ketua,
Bilamana dia banyak bertanya,
Bukan bermakna dia tidak pandai membuat keputusan,
Jauh sekali cetek pemikiran,
Namun,
Atas dasar hormatinya dia akan dirimu,
Sebagai pemimpin,
Dia menerima keputusanmu sebagai yang terbaik,
Walau mungkin cadangan darinya juga tidak kurangnya turut yang terhebat.

Fahamilah wahai ketua,
Bilamana penolongmu menanyakan sesuatu,
berkenaan dengan gerak kerja,
Tolonglah olehmu wahai ketua,
Balasnya ia dalam kadar yang segera,
Bukan bermakna engkau prihatin terhadapnya, 
Jauh sekali kerana engkau menyukainya,
Tapi bantulah untuk memudahkan urusannya,
Lakukanlah sebagai anggapan ia juga sebahagian daripada AMANAH mu,
Sebagai pembantu kepada penolongmu,
Usah biarkan penolongmu bersikap su'u dzon terhadapmu,
Kelak engkau yang menempah dosa dek kerana sikapmu yang menjadikannya begitu,
Belajarlah engkau menghargai orang lain..
Belajar engkau tidak mementingkan dirimu sendiri..
Kelak dirimu akan dipandang tinggi..



Fahamilah wahai ketua,
Bukan bermakna dia membencimu,
Andai deringan 'call' darimu tidak dijawabnya,
Khuatir di hatinya andai fitnah akan berlaku,
Fitnah darinya sebagai wanita,
Pasti akan wujud juga walau se'profesional' mana sekalipun bergerak kerja,
Kerana syaitan itu licik tindakannya..





"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..."
(surah at-Taubah :71)

Perkongsian hati daripada semua insan yang pernah memegang amanah sebagai seorang penolong yang penulis pernah mendengar luahan hati mereka.. semuanya hampir sama sahaja. Benar, bukan semua ketua bersikap sedemikian. Tahniah buat kalian yang menjadi ketua yang bertimbang rasa dan menghormati pembantu kalian. Allah pasti membalasnya kebaikan yang telah kalian lakukan.

Buat yang pernah melakukan sedemikian kepada penolong kalian, mohonlah kemaafan darinya. Benar, wanita itu amat mudah memaafkan namun segala yang berlaku, fitrahnya wanita ia akan mengingatinya. Kita semua melakukan kekhilafan sebagai bukti kita hamba-Nya. Melakukan kesalahan itu adalah perkara biasa, namun mengulangi kesalahan kali kedua adalah bukan caranya. Dalam bekerjasama, belajarlah sikap MEMBERI BUKAN MENERIMA. Selagi kita mampu memberi, berikanlah. Buangkanlah ego dalam diri agar kelak kita akan dihormati. 

Selamat berbahagia dalam melaksanakan amanah kita. Salam semarakkan amal kepada-Nya. Moga DIA nilai setiap amalan kita dengan bersama redha-Nya. Ameen.

Wallahua'lam.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kembaraku di Bumi Allah ini Selama...

Daisypath Happy Birthday tickers

:: Yuk Berbakti Kepada Makhluk-Nya ^_^